LUNDU: Anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allayarham Tan Sri Adenan Satem, Azizul Annuar Adenan sah akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini.
Bagaimanapun persoalan sama ada Azizul Annuar akan menggantikan ibunya Datuk Amar Jamilah Anu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu masih belum disahkan.
Jelas Pengerusi Gabungan Rakyat Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg perkara itu akan disahkan dalam masa terdekat.
“Dia (Jamilah) telah menyatakan hasrat untuk undur diri. Kami di PBB sendiri mahu orang muda, seperti saya katakan tadi. Jadi, kami memberi laluan kepada anaknya (Jamilah) untuk meneruskan visi.
“Saya rasa dia sudah bersedia dan berbakat. Dia juga mempunyai karakter macam bapanya, suaranya sama macam bapanya,” katanya, di sini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Merasmikan Center of Technical Excellenge (CENTEXS) Lundu, di sini.
BACA:PRN Sarawak: Anak Allahyarham Tok Nan bertanding di DUN Tanjong Datu?
Abang Johari dijadual mengumumkan calon penuh GPS pada 4 Disember ini.
Azizul Annuar, 31, merupakan anak bongsu kepada Allahyarham Adenan dan Jamilah.
Beliau merupakan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu.
Allahyarham Adenan meninggal dunia pada 11 Januari 2017, sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa diadakan bagi mengisis kekosongan kerusi Tanjong Datu.
Azizul Annuar giat berkempen mewakili ibunya pada PRK Tanjong Datu.
Dalam PRK tersebut, Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi mengalahkan Rapelson Richard Hamit daripada PBDS Baru dan Johnny Bob Aput (STAR).
Pada PRN ke-11 Sarawak, Allahyarham Adenan memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.
Jazolkipli hanya meraih 468 undi.
Allahyarham Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak merupakan penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 01 2021
Azizul Annuar (berdiri paling kanan) disebut-sebut akan meneruskan kesinambungan legasi bapanya Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan ibunya Datuk Amar Jamilah Anu di DUN Tanjong Datu. - Foto Astro AWANI
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
PRN Sarawak: Nasihat Allahyarham Tok Nan jadi azimat Azizul Annuar dalam politik
Azizul Annuar, 31 tahun yang merupakan calon termuda ditampilkan GPS juga ingat pesanan ayahnya supaya melakukan sesuatu perkara yang baik dan membuatnya dengan sempurna.
PRN Sarawak: Karakter dan suaranya sama macam Tok Nan - Abang Jo
Pengerusi Gabungan Rakyat Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Azizul Annuar akan menggantikan ibunya, Datuk Amar Jamilah Anu di DUN Tanjong Datu.