UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

PRU15: Annuar belum terima surat jemputan pengumuman calon, serah pada pucuk pimpinan

Tawaran calon kerusi Parlimen Ketereh telah diberikan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Bernama
Tue Nov 01 2022
PRU15: Annuar belum terima surat jemputan pengumuman calon, serah pada pucuk pimpinan
Tan Sri Annuar Musa mengesahkan setakat ini belum menerima surat atau sebarang jemputan berkaitan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan malam ini. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan sama ada beliau akan dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau turut mengesahkan setakat ini belum menerima surat atau sebarang jemputan berkaitan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan malam ini.

Katanya, parti memiliki sistem tersendiri dalam memilih calon, justeru, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada parti khususnya pucuk pimpinan untuk menentukan serta memilih siapa yang parti fikir patut menerima watikah dan mewakili parti.

"Soal calon macam saya kata bukan benda yang harus kita minta-minta, lobi-lobi. Kalau kita difikirkan oleh pucuk pimpinan atas apa juga asas pertimbangan maka itu kita hanya alat untuk parti memberi watikah dengan logo parti kita masuk. Kalau parti tidak pilih itu bukanlah pengakhiran segalanya. Tetapi itu juga tidak menyekat kita nak bertanding kita boleh juga bertanding, beli borang, bayar deposit... semua orang boleh bertanding.

"Dari sudut kita sebagai ahli parti, bagi saya pendirian, saya tidak akan lobi, tidak akan minta, tidak akan merayu. Kita serah bulat-bulat kepada parti dan saya difahamkan malam ini ada surat jemputan majlis pengumuman jadi saya fikir ahli-ahli parti terima sajalah apa yang parti putuskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini.

Pencalonan BN | Jangan panik, jangan gelabah - Annuar Musa


Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengesahkan tawaran sebagai calon kerusi Parlimen Ketereh telah diberikan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

"Ketua Puteri saya dipanggil dan ditawarkan. Sama ada beliau terima atau tidak, itu saya tidak tahu kerana mereka masih lagi berunding," katanya.

Pencalonan BN | Serah kepada pucuk pimpinan, Annuar Musa tidak dijemput

Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!


[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN


 

Annuar berkata, Marzuani Ardila ada merujuk kepada beliau mengenai tawaran tersebut.

"Saya kata dalam politik ini tanyalah hati sendiri yang penting bila bertanding biarlah menang. Kalau kita rasa menang kita boleh sumbang satu kerusi kepada parti kita, itu benda yang sebaik-baiknya.

"Jangan bertanding hanya untuk bertanding, kalau rasa boleh menang baguslah bertanding ini untuk menang (kerana) bayar deposit, berkempen berhabis beratus ribu (malah) berjuta untuk sesetengah orang," katanya.
- BERNAMA




#PRU15#Annuar Musa#Parlimen Ketereh#watikah calon PRU15
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu

Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang

Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah

Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah

Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah

Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan

Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan

Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
Kami tetap akan ambil alih Gaza - Trump

"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza

Mesir cadang pelan bina semula Gaza

Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu

Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu

Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari

UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari

Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.
JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok

JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution

PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta  - Asyraf Wajdi

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi

Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut

Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh

Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi

Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin

Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan

Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah

Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).