KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata ia berikutan beliau telah diminta untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.
"Oleh kerana beliau (Mohamad) adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya timbalan kepada beliau. Jadi beliau telah minta saya cari tempat lain la sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau.
"Saya tidak ada halangan," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Ditanya kerusi Parlimen yang mungkin diintai pada PRU15, penyandang kerusi Parlimen Rembau sejak 2008 itu berkata beliau tidak mempunyai persediaan atau idea untuk mencuba nasib di mana-mana kawasan Parlimen lain setakat ini.
"Saya tidak tahu kawasan lain. Saya berpolitik di Rembau lebih 20 tahun dan hampir 15 tahun saya jadi Ahli Parlimen Rembau. Sekarang saya kena berusaha sekiranya ada kawasan yang sanggup menerima saya. Atau senario terburuk, saya tidak bertanding tapi tiada masalah bagi saya," katanya.
Sebagai orang parti, bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata beliau akan mengikut apa sahaja keputusan pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung calon PRU15 dan kerusi yang perlu ditandinginya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berucap pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Pangsapuri Seri Alam hari ini. - Foto BERNAMA
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.