SHAH ALAM: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyatakan pendirian untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangannya, Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, keputusan itu dibuat atas semangat penyatuan ummah.
“Pada PRU14, Gagasan Sejahtera ditubuhkan merangkumi Pas, Ikatan dan Parti Berjasa, namun, PRU15 kali ini, Pas telah memilih untuk bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan Berjasa memilih untuk bersama Gerakan Tanah Air (GTA).
“Gagasan Sejahtera kini ibarat kubur tanpa batu nisan. Keadaan sama turut berlaku kepada Muafakat Nasional yang mana Pas mewakili Gagasan Sejahtera dan UMNO mewakili Barisan Nasional penubuhan Muafakat Nasional untuk menyatukan ummah,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, Ikatan harus kekal pada tujuan penubuhannya yang asal iaitu sebuah parti berbilang kaum tetapi tetap meneruskan perjuangan UMNO dan BN yang asal.
"Seluruh keahlian dan jentera Ikatan di seluruh negara, termasuk di Sabah akan digerakkan untuk membantu calon-calon UMNO dan BN agar mencapai kemenangan besar, Insya-ALLAH," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 27 2022

Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, keputusan itu dibuat atas semangat penyatuan ummah. - Foto Sinar Harian

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

PRU15: Parti Ikatan sokong BN
Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, keputusan itu dibuat atas semangat penyatuan ummah.

Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO
Gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas, Ikatan dan Berjasa, terima kerjasama politik penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.

IKATAN isytihar solidariti terhadap Tun Mahathir
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mengisytiharkan solidariti terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin.

Ikatan tidak akan bekerjasama dengan parti baharu Tun Mahathir
Ikatan menolak sebarang kerjasama dengan parti baharu yang dirancang bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Blok politik ketiga bukan cabaran kepada BN - Subramaniam
Penubuhan blok politik ketiga gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sama sekali tidak akan menjejaskan kekuatan Barisan Nasional (BN).

Parti Ikatan dilancar, ikrar hidupkan semula aspirasi pemimpin terdahulu
Antara perkara yang mencetus penubuhan Ikatan adalah apabila beliau mendapati berlaku kelemahan dalam pentadbiran negara pada masa ini yang dipalit pelbagai isu negatif.