KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal dengan pendirian dan setia untuk bersama-sama gabungan politik tempatan sedia ada iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Sambil menghargai kesediaan Parti Warisan untuk bekerjasama dengan PBS, jelas Ahli Parlimen Kota Marudu itu lagi, pihaknya memilih untuk bersama dengan GRS.
"Kita memandang tinggi usaha Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden Warisan) untuk bekerjasama dengan PBS pada Pilihan Raya Umum nanti.
"Namun, sebagai parti pelbagai kaum yang tertua di Sabah, PBS komited untuk setia bersama rakan-rakan dalam GRS dan rakan kongsinya (Barisan Nasional)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ongkili menambah, usaha GRS hingga dilancarkan bulan lalu adalah tindakan baik sekali gus mengambil kira kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) mengajak Warisan dan penyokong parti tersebut untuk menyokong usaha GRS bagi membangunkan Sabah, menjamin kemakmuran dan keselamatan serta bebas daripada pendatang asing tanpa izin (PATI).
Katanya, mana-mana parti politik tempatan di Sabah juga harus menyokong misi dan aspirasi GRS tanpa perlu menyertai gabungan tersebut.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Jun 07 2022

Sambil menghargai kesediaan Parti Warisan untuk bekerjasama dengan PBS, jelas Ahli Parlimen Kota Marudu itu lagi, pihaknya memilih untuk bersama dengan GRS.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.

PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.

Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.

PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.

PBS akan cadangkan tiga TPM sebagai agenda pertama MKMA63 selepas PRU15
Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).

PBS kekal bersama GRS - Joniston
Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini menegaskan bahawa ia kekal dengan pendirian untuk bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai jalinan kerjasama pemimpin dan rakyat yang tulen di Sabah.

PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama
Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.

Pemilihan PBS pentas kenal pasti calon layak terajui parti tiga tahun akan datang
Pemilihan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dijadual berlangsung esok, bakal menjadi pentas bagi mengenal pasti calon paling layak menggantikan Presiden parti.

PRU15: PBS setia bersama GRS - Maximus Ongkili
PBS kekal setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam berdepan pilihan raya umum akan datang.

Warisan terbuka bekerjasama dengan PBS - Shafie Apdal
Kesediaan itu kerana Sabah memerlukan satu gabungan parti tempatan yang kuat di peringkat akar umbi.