KUALA LUMPUR: Mandat perlu diserahkan kepada rakyat secepat mungkin supaya kerajaan baharu yang dibentuk dapat membuat keputusan yang betul mengenai isu yang membelenggu rakyat, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Menurut Asyraf Wajdi, kerajaan yang stabil adalah perlu supaya tidak timbul lagi isu keputusan yang dibuat bergantung kepada tindakan populis atau desakan dari dalam kerajaan itu sendiri.
Sebagai contoh, jelas Asyraf Wajdi, kedudukan UMNO kini hanya 36 peratus dalam kerajaan dan tidak mungkin parti kerajaan lain yang merupakan seteru politik seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional akan terus bersama Barisan Nasional (BN).
“Bagi saya lebih baik serahkan mandat kepada rakyat supaya kerajaan berani buat keputusan yang betul dan bukan hanya bergantung kepada populis atau kerana desakan dalam kerajaan itu sendiri.
“Mana mungkin parti yang berseteru (dalam kerajaan) dapat kekalkan suasana kestabilan. Lebih baik serah kepada rakyat untuk tentukan. (Ketika ini) kita hanya kerajaan untuk stabilkan keadaan. Dulu dalam keputusan rasmi parti BN, bila pandemik berakhir, selepas berjaya capai herd immunity, kena serahkan kepada rakyat,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.
Asyraf Wajid juga berkata, ketika ini negara menghadapi cabaran seperti kenaikan kos sara hidup, inflasi, kenaikan harga bahan api dan sebagainya dan atas sebab itu Pemuda UMNO berpandangan, pilihan raya umum perlu diadakan secepat mungkin bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil.
Mengulas mengenai hasrat Parti Bangsa Malaysia pimpinan Datuk Zuraida Kamaruddin yang ingin menyertai BN pula, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada konsensus empat parti komponen.
Apa yang paling utama juga, kata Asyraf Wajdi, mana-mana parti yang ingin menyertai BN harus setia, dan berjiwa rakyat serta tidak menjadikan BN sebagai platform untuk merebut atau mengekalkan kuasa semata-mata.
“BN ini satu parti yang ada konsensus, siapa juga nak masuk BN perlu ada persetujuan empat parti komponen. Jadi saya sebagai Ketua Pemuda BN, kita boleh suarakan pandangan dalam Dewan Tertinggi BN nanti.
“Tapi yang paling penting siapa juga yang terlibat nak terlibat dengan BN perlu setia dan perlu benar-benar memahami dan menjiwai asas dan idealisme perjuangan.
“Asas perjuangan kami untuk bela rakyat. Kalau ada nilai hanya untuk merebut kuasa, tahu bahawa BN saja boleh jamin kekuasaan mereka, saya rasa mereka harus nilai balik,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Jun 22 2022

Mandat perlu diserahkan kepada rakyat secepat mungkin supaya kerajaan baharu yang dibentuk dapat membuat keputusan yang betul mengenai isu yang membelenggu rakyat, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Gesaan Zahid PRU15 segera diadakan bukti BN tidak kuat, takut kalah - Muhyiddin
Kebimbangan Ahmad Zahid bertujuan untuk selamatkan pihak-pihak tertentu yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.

PRU15: Pulangkan mandat secepat mungkin, wujudkan kerajaan yang lebih stabil - Pemuda UMNO
Tidak mungkin parti kerajaan lain yang merupakan seteru politik UMNO seperti Bersatu dan PN akan terus bersama BN, kata Asyraf Wajdi.

Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat
BN harus lebih berani membuka ruang, menyokong dan mengangkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip.

BN perlu kembali mentadbir, selamatkan Malaysia untuk generasi akan datang - Mohamad Hasan
Misi utama BN ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti yang menyakinkan, demi menyelamatkan Malaysia, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jika kawan jangan lawan, amaran Wan Junaidi kepada calon Bersatu di Sarawak
-Tidak perlu hantar calon bertanding di sini (Sarawak) sama ada secara terbuka atau diam-diam. Jika ada calon maksudnya kita tidak sehaluan.

Kenapa Bersatu dijadikan "punching bag" UMNO? - Ronald Kiandee
Keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 merupakan pilihan parti itu sendiri dan tiada apa yang boleh dilakukan Bersatu untuk membimbimbing keputudsan itu.

PAU2020: Pas tentukan kerjasama dengan BN atau sebaliknya pada PRU15 - Tok Mat
Mohamad Hasan berkata sekiranya Pas membuat keputusan untuk terus bersama dengan BN, parti tersebut akan mendapat lebih banyak faedah dan manfaat jika menjalinkan kerjasama dengan BN.

Dipecat sebagai Setiausaha Agung BN, Annuar Musa jumpa wartawan esok
Beliau memohon maaf kerana tidak dapat memberi reaksi kepada pihak media berhubung isu pemecatannya hari ini.

"Tiada komen, ini tempoh bertenang" - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa berterima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas menerima khabar tentang pemecatannya.

Sudah dua PM dilahirkan dalam setahun, Bersatu jangka menang besar dalam PRU15 - Ketua Armada
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yakin Bersatu bakal menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.