IPOH: Tindakan mengumumkan secara terbuka mahu bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan menjadi amalan parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana keputusan untuk memilih calon bertanding dalam PRU15 akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, bukannya individu, kata Datuk Asmuni Awi.
Apatah lagi, kata Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional itu, soal pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PH belum dibincangkan secara serius.
"Kita pun masih lagi belum mengadakan perbincangan serius mengenai pembahagian kerusi terutama kerusi-kerusi Parlimen.
"Cuma saya nak tekankan di sini bahawa, tidak menjadi kebiasaan dalam mana-mana parti termasuk PH untuk menyatakan bahawa seorang calon itu akan bertanding di mana, atau kerusi itu akan dipertandingkan untuk siapa dan di mana.
"Siapa dan di mana akan diputuskan oleh parti, bukan individu.
"Walaupun saya nampak sudah ada individu-individu yang berminat menyatakan secara terbuka, tetapi sebagai sebuah parti politik, parti akan menentukan siapa dan di mana.
"Dan dalam konteks PH, insya-Allah ia akan diselesaikan dalam perbincangan dalaman," katanya ketika ditemui semasa membuat tinjauan di Medan Selera Taman Meru di sini semalam.
Beliau mengakui ramai yang berminat untuk bertanding di Parlimen Tambun dan perkara itu biasa menjelang pilihan raya umum.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Perak Dr Abdul Aziz Bari dan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyatakan secara terbuka hasrat untuk bertanding di Parlimen Tambun dalam PRU15.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Oct 21 2021

ASMUNI: Walaupun sudah ada individu-individu yang berminat menyatakan secara terbuka, tetapi sebagai sebuah parti politik, parti akan menentukan siapa dan di mana. - Foto Facebook Asmuni Awi
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Parti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN Sabah
Setakat ini hampir keseluruhan calon disahkan akan bertanding manakala selebihnya akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Sayap belia PBB boleh jadi calon pilihan raya jika tepati syarat - Abang Johari
Syaratnya, calon itu hendaklah mempunyai kebolehan dan diterima oleh semua pihak terutama sekali pengundi.

Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.

PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.

12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.

PRN enam negeri bermula hari ini, penamaan calon di 173 pusat jadi tumpuan
Bakal calon mewakili parti-parti politik atau bertanding atas tiket Bebas mempunyai tempoh sehingga 10 pagi untuk serah borang pencalonan.

PRN: Kedah jadi 'battleground' pengundi Melayu
Barisan calon yang dikemukakan setiap parti mempunyai kehebatan tersendiri berdasarkan faktor personaliti serta kekuatan masing-masing.

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu
Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

#SuaraMalaysia: Majoriti puas hati dengan senarai calon
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - sama ada anda puas hati dengan senarai calon setakat ini?