GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang sedang menimbang beberapa pilihan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan membuat keputusan pada mesyuarat Exco akan datang.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata antara pilihan itu ialah mengadakan persidangan DUN khas sebelum 1 Ogos di bawah peruntukan Ordinan Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"... mengadakan sidang khas DUN pada bulan Ogos apabila Ordinan Darurat ditamatkan tanpa memerlukan notis 28 hari, atau sidang DUN dengan pembukaan rasmi oleh Yang Dipertua Negeri pada Ogos atau September tertakluk kepada notis 28 hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Yang Dipertua DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang ketika dihubungi, berkata pihaknya telah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa.
"Sama ada persidangan akan diadakan secara hibrid atau fizikal bergantung pada keadaan pandemik COVID-19 serta nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Pada 23 April lepas, Law membuat permohonan secara bertulis kepada MKN dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang ke-14 dalam tempoh penguatkuasaan darurat, namun ditolak berikutan kes COVID-19 di seluruh negara masih pada tahap membimbangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021

Kon Yeow berkata antara pilihan itu ialah mengadakan persidangan DUN khas sebelum 1 Ogos di bawah peruntukan Ordinan Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Makan besar: Tak berkumpul tak mengapa, asalkan keluarga selamat
Itu antara luahan sebahagian masyarakat Tionghua di Pulau Pinang yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina 12 Februari ini.