SUNGAI PETANI: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa wakil rakyat dan pemimpin parti itu yang dilantik memegang jawatan di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri agar tidak mengabaikan peranan yang perlu dimainkan dalam parti.
Rafizi berkata beliau faham mengenai tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam kerajaan, namun pemimpin PKR perlu sedar jika tidak kerana parti, ahli serta jentera parti, mereka tidak akan menang pilihan raya dan mendapat jawatan dalam kerajaan.
Katanya, wakil rakyat dan pemimpin yang dilantik sama ada ke jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik perlu bijak membahagikan masa dan perkara sama perlu dilakukan oleh mereka yang memegang jawatan di peringkat kerajaan negeri.
"Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan urusan kementerian semata-mata, kita kerja di kementerian ataupun di kerajaan negeri dari 8 pagi sampai 6 petang secara rasmi, kita masih lagi ada masa dari 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan ada masa lagi pada Sabtu dan Ahad untuk parti dan juga rakyat," katanya semasa berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Kedah dan Pulau Pinang di sini malam tadi.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata mereka yang dilantik ke pelbagai jawatan dalam kerajaan juga perlu mengekalkan gaya dan pembawaan diri semasa parti menjadi pembangkang sebelum ini dengan sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat.
"Wakil rakyat sedia ada, tanggungjawab kita bukan sahaja tengok dan buat kerja tetapi kena pastikan kandungan dan cara kita buat kerja itu kena dengan cara dan citarasa rakyat," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan mana-mana ahli parti itu yang berhasrat menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang agar memikirkan cara yang betul untuk menyantuni rakyat.
Dalam pada itu, Rafizi menegaskan PKR perlu mempertahankan lima kerusi tradisi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah yang dimenangi sejak 2008 iaitu Sidam, Bakar Arang, Bukit Selambau, Kulim dan Lunas.
Bagaimanapun, beliau mengakui wujud risiko dan cabaran besar kepada PKR untuk mengekalkan kerusi berkenaan berikutan peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

RAFIZI: Pemimpin PKR perlu sedar jika tidak kerana parti, ahli serta jentera parti, mereka tidak akan menang pilihan raya dan mendapat jawatan dalam kerajaan. - Gambar fail

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.

Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan melebihi RM300 juta - Mohamed Fadzli
Jumlah kerugian akibat banjir di Kelantan baru-baru ini dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Pastikan DUN Mahkota dapat wakil rakyat mampu berkhidmat - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memastikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendapat seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

PM Anwar mahu tukar pemimpin 'lembab'
Mana-mana wakil rakyat atau pemimpin yang 'lembab' akan ditukar sebagai reformasi dalam menguatkan jentera kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker
Ahmad Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.

RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Januari 2024.

Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan - Loke
DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.