Ringkasan AI
- Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang, sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR kerana melihat sayap itu lesu.
- Ramai ahli parti telah memintanya kembali menerajui kepimpinan sayap sejak hujung tahun lepas, dan beliau melihat banyak ruang yang perlu diperbaiki.
- Rodziah juga akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Shah Alam pada pemilihan parti kali ini, yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 20 April untuk peringkat bahagian dan 24 Mei untuk kepimpinan pusat.
Beliau berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan, namun sejak hujung tahun lepas terlalu ramai ahli parti memintanya kembali menerajui kepimpinan sayap.
"Saya sedang melihat keperluan yang ada dan memahami hasrat akar umbi yang mahu saya terajui (Wanita PKR).
“Jadi, saya faham dan saya dapati banyak ruang yang perlu diperbaiki. Saya amati ada sedikit kelesuan dan ia perlu diberi nafas baharu,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Sebelum ini, Rodziah dilaporkan kalah tipis kepada Fadhlina Sidek dengan perbezaan hanya 32 undi pada pemilihan 2022 lalu.
Menerusi pemilihan tersebut, Fadhlina memperoleh 18,923 undi berbanding Rodziah yang sekadar mendapat 18,891 undi.
Sementara itu, Rodziah turut memaklumkan, dirinya akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Shah Alam pada pemilihan parti kali ini.
PKR dijadual mengadakan pemilihan di peringkat bahagian bermula dari 11 hingga 20 April, manakala bagi kepimpinan pusat pula akan berlangsung pada 24 Mei depan. -- Sinar Harian
