SHAH ALAM : Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, soal berlakunya pembaziran hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata.
Mengambil contoh di Selangor, katanya, kerajaan negeri merekodkan perbelanjaan lebih rendah apabila penganjuran rumah terbuka Aidilfitri buat kali pertamanya diadakan di sembilan daerah di negeri itu pada tahun lalu.
"Setiap tahun, kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM1 juta bagi penganjuran rumah terbuka di negeri ini pada tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019.
"Namun, tahun lalu perbelanjaan negeri hanya RM900,000 dengan kadar RM100,000 setiap daerah," katanya dalam satu kenyataan di Twitternya pada Isnin.
Amirudin menjelaskan, penganjuran rumah terbuka di setiap daerah di negeri Selangor juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurut beliau, program seperti itu juga dapat memberi peluang kepada masyarakat di daerah lebih mudah hadir tanpa perlu bersesak dan memandu jauh ke lokasi rumah terbuka negeri.
"Contohnya penduduk Sabak Bernam memerlukan dua jam untuk sampai ke Shah Alam atau lokasi lain jika dibuat di satu-satu tempat," jelas beliau.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diundang untuk bersama-sama memeriahkan Jelajah Kita' Selangor Aidilfitri yang mula diadakan pada Jumaat ini di sembilan lokasi di Selangor.
Malah, katanya, rakyat juga boleh datang beramai-ramai pada Jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak jam 8.30 malam pada 14 Mei depan.
"Jamuan itu sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor dan saya percaya majoriti rakyat Selangor berbesar hati kehadiran Perdana Menteri dan jemputan ke majlis tersebut," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 24 2023
![Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682310238_TBAmirudin.jpg)
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, soal berlakunya pembaziran hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata. - Gambar fail
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana - PM Anwar Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712023744_TBanwaribrahimj.jpg)
Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana - PM Anwar
Perdana Menteri hanya akan menghadiri majlis sedemikian yang dianjurkan di peringkat negeri atau kementerian.
![Tumpu isu kemiskinan kaum Melayu, bukan anjur enam rumah terbuka - Tun M Tumpu isu kemiskinan kaum Melayu, bukan anjur enam rumah terbuka - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660813272_TBtunm.jpg)
Tumpu isu kemiskinan kaum Melayu, bukan anjur enam rumah terbuka - Tun M
Katanya, kerajaan tidak seharusnya berasa seronok dengan mengadakan majlis rumah terbuka sedangkan masalah kaum Melayu terus terpinggir.
![Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682310238_TBAmirudin.jpg)
Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor
Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.
![Rumah terbuka Aidilfitri di negeri pembangkang tiada kaitan dengan PRN - PM Anwar Rumah terbuka Aidilfitri di negeri pembangkang tiada kaitan dengan PRN - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681799534_AnwarIbrahim.jpg)
Rumah terbuka Aidilfitri di negeri pembangkang tiada kaitan dengan PRN - PM Anwar
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri melibatkan tiga negeri pembangkang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
![Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653895478_pondan.jpg)
Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor
Turut ditahan, penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'
![Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561121041_PasirGudang.jpg)
Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas
Seorang pemilik bengkel kenderaan, Wee Chin Long, 54, berkata dia terhidu bau itu ketika berada di dalam bengkelnya.
![Tun M mohon maaf jika pentadbiran Pakatan Harapan kurang menyenangkan Tun M mohon maaf jika pentadbiran Pakatan Harapan kurang menyenangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71559714592_RAYAPM.jpg)
Tun M mohon maaf jika pentadbiran Pakatan Harapan kurang menyenangkan
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
![Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/81497362263_DSZambry.jpg)
Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry
Perayaan Aidilfitri membuktikan keunikan dan kelebihan masyarakat di negeri ini yang sentiasa bersatu padu dalam kepelbagaian dan perbezaan.