Perbincangan mengenai cadangan pertukaran empat kerusi antara Gerakan dan MCA dijangka selesai dalam satu hingga dua bulan lagi, kata Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.
Bagaimanapun katanya sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebelum dimuktamad dan diumum.
"Selepas itu kita atur strategi bagi menghadapi dan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Gerakan, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Pengerusi Gerakan Melaka Datuk Chua Lian Chye.
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong sebelum ini dilaporkan berkata parti itu sedia menukar empat kerusi dengan parti komponen lain, melibatkan kerusi dewan undangan negeri dan parlimen di Pulau Pinang dan negeri lain.
Kenyataan Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu senada dengan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang dilaporkan berkata MCA Pulau Pinang bersedia melakukan pertukaran atau pinjaman kerusi dengan parti komponen lain sekiranya perlu.
Sementara itu, Chua berkata Gerakan Melaka telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan yakin dapat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang.
Beliau berkata semua jentera di setiap peringkat telah digerakkan secara bersepadu bagi menarik minat pengundi tua dan muda di kawasan berkenaan untuk kembali mengundi parti berkenaan.
DUN Bachang merupakan satu-satunya kerusi yang ditandingi Gerakan di Melaka pada PRU-13 lalu yang menyaksikan Chua tewas kepada wakil DAP Lim Jak Wong dengan majoriti 2,672 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017

KOHILAN: Perbincangan mengenai cadangan pertukaran empat kerusi antara Gerakan dan MCA dijangka selesai dalam satu hingga dua bulan lagi. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Rundingan tukar empat kerusi Gerakan - MCA selesai satu hingga dua bulan lagi
Perbincangan mengenai cadangan pertukaran empat kerusi antara Gerakan dan MCA dijangka selesai dalam satu hingga dua bulan lagi, kata Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.