Sabah kekal dengan pendirian tidak memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.
Selepas enam hari perubahan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah hari ini 'membuka mulut' menyatakan bahawa mereka kini adalah blok pembangkang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya tidak akan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.
"Setelah hampir 45 minit (bertemu dengan pemimpin Warisan-UPKO-DAP-PKR) kita telah nyatakan bahawa kedudukan kita dan pendirian kita di peringkat negeri Sabah ialah kita akan terus beri sokongan kepada Tun M.
"Kerjasama antara kerajaan dan kerajaan ini memang sedia kita amalkan manakala kerjasama politik cukup jelas bagi kita. Kita beri sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Sabah di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah di sini.
Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, kerjasama dengan Kerajaan Pusat akan terus dijalankan demi kepentingan rakyat dan negeri ini.
Tambahnya, ia termasuk kerjasama tentang rundingan hak-hak Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Tidak semestinya bila pembangkang kita kena faham kita kena fikir dari segi negara Malaysia.
"Malaysia bukan hanya terbentuk di Semenanjung sahaja tetapi juga merangkumi Sabah dan Sarawak. Jadi perlu ada perundingan tentang hak-hak ini," katanya.
Perkara itu dinyatakan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari blok kerajaan negeri Sabah pada sesi taklimat khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini petang ini.
Assim Hassan
Thu Mar 05 2020
![Sabah kekal kerajaan negeri pembangkang - Shafie Apdal Sabah kekal kerajaan negeri pembangkang - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566478538_ShafieApdal.jpg)
Presidennya Datuk Seri Shafie Apdal berkata demi kepentingan rakyat, kerajaan negeri Sabah akan meneruskan kerjasama dengan mana-mana kerajaan persekutuan yang ada. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733410490_AmarDounglasUggah.jpg)
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
![DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733406563_AhliMajlisTertingg.jpg)
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
![Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025 Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732271637_TBDUNPENANG.jpg)
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
![Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731685663_tbAzamBaki.jpg)
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
![Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731671526_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
![Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731332697_WooKahLeong.jpg)
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
![Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731233009_AzamBaki.jpg)
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
![Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700831391_Bersatu.jpg)
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
![Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726746105_TBJAMBATAN.jpg)
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
![PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726093655_TuanIbrahimTuanMa.jpg)
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.