KUCHING : Pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 oleh ketiga-tiga komponen parti Pakatan Harapan (PH) Sarawak adalah kekal.
Menurut Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen, bagaimanapun komponen parti itu bersikap terbuka jika terdapat sebarang perubahan dalam pengagihan kerusi tersebut.
"Kita kekal dengan keputusan yang sudah kita persetujui berdasarkan kawasan yang akan ditandingi pada PRN akan datang.
"Sudah pasti, dalam masa sama akan ada ubah suai dan perjanjian di sesuatu kawasan," katanya.
Terdahulu pada 2 Januari 2021, persetujuan tersebut telah ditandatangani oleh Chong yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), Larry Sng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Abang Abdul Halil mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH).
Persetujuan berkenaan melibatkan 47 kerusi PKR, 26 kerusi DAP dan sembilan kerusi AMANAH, sebagai persediaan menghadapi PRN12 nanti.
Sementara itu, Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo kini memangku jawatan Timbalan Pengerusi 1 PH Sarawak menggantikan bekas pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng.
Manakala, untuk jawatan Pengerusi AMANAH Sarawak, Abang Halil Abang Naili kekal sebagai Timbalan Pengerusi 2 dalam barisan kepimpinan PH Sarawak itu.
Menyentuh mengenai pemilihan pengganti bagi bekas Pengerusi PKR Sarawak iaitu Larry Sng, kata Dr Michael, ia akan dilakukan selepas PRN12 kelak.
Ujarnya, ketika ini kepimpinan parti masih menumpukan perhatian sepenuhnya kepada persiapan menjelang hari penting itu.
"Bukan sekarang. Waktu ini kami bersatu dan selepas PRN12 nanti kami mungkin akan membuat pemilihan pengerusi.
"Jadi masa itu adalah lebih sesuai. Sekarang fokus kami adalah kepada pilihan raya. Jadi ketika ini PKR dikendalikan oleh ahli majlis penasihat yang mana kita bekerjasama untuk berjuang di pilihan raya negeri kelak," beritahu beliau kepada media pada Sabtu.
Astro Awani
Sat Mar 20 2021

Menurut Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen, ketiga-tiga komponen parti pembangkang itu kini menumpukan fokus sepenuhnya terhadap persediaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 akan datang. -Gambar Fail

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

PRN Sarawak: Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas
Ia ekoran dua peti undi tidak dapat dihantar ke pusat penjumlahan rasmi undi DUN tersebut atas faktor keselamatan.

Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo
Rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu.

PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi.

PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS
Naib Presiden Sayap Bumiputra PBB itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.

PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.

PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis
Gelanggang buat Tan Sri Abang Johari tunjukkan bahawa beliau mampu mentadbir dan perolehi mandat Negeri Sarawak.

Sektor pembuatan tumpuan utama Sarawak menuju negeri maju 2030 - Awang Tengah
Seiring itu pembangunan sektor-sektor lain yang menjadi nadi ekonomi Sarawak akan turut diteruskan.