KOTA BHARU: Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan akan memilih dan menyertai parti politik yang 'berhaluan baik' sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bagaimanapun masih berahsia berhubung parti politik akan disertainya nanti.
“Saya akan lebih aktif berhaluan ke arah keharmonian dan yang lebih baik.
“Parti mana-mana itu, kita lihat sehari dua lagi. Sekarang masih dalam suasana raya, kalau boleh politik kita kurangkan dulu, tumpu berhari raya,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Kemunculan Annuar di majlis itu mencuri perhatian ramai dan beliau berkata, kehadirannya sebagai memenuhi undangan daripada pihak Kerajaan Kelantan.
“Kita semua bersahabat, jadi musim raya ini dapat bersama-sama. Ini bukan yang pertama saya hadir, tahun lalu di Pengkalan Chepa pun saya hadir.
“Saya pergi semua majlis Aidilfitri dan semalam di rumah Ahli Parlimen Ketereh, (Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor),” katanya.
Annuar turut menegaskan beliau tidak pernah bersara daripada dunia politik dan hanya berehat beberapa bulan sebelum ini.
“Saya belum pencen, saya hanya dibuang daripada daripada UMNO saja.
“Saya aktif cuma dua tiga bulan yang lepas itu ambil peluang untuk tumpukan kepada hal peribadi, ibadat, diri sendiri dan tak banyak bercakap. Hal parti saya tidak bersara dan insya-Allah akan kembali aktif selepas ini,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya berkaitan Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan di negeri ini dijangka pada 12 Mei nanti, beliau berkata, setakat ini belum menerima sebarang jemputan.
“Akan hadir kalau ada jemputan dan berkelapangan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 29 2023

Annuar turut menegaskan beliau tidak pernah bersara daripada dunia politik dan hanya berehat beberapa bulan sebelum ini. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Tonight: 'Anora' leads with five wins, including Best Picture
The independent film "Anora" won Best Picture and five Oscars at the 97th Academy Awards, with Sean Baker making history by winning four awards for directing, editing, writing, and producing the film.
Dulu kejayaan Rumah IDAMAN diragui, kini terbukti berhasil, jadi rebutan – GCEO MBI Selangor
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata penyelesaian perumahan mampu milik Selangor bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah, Rumah IDAMAN, merupakan antara projek berimpak tinggi MBI Selangor. Jelasnya, daripada keseluruhan 32 projek dan 65,332 unit yang dirancang, dua projek dengan 3,371 unit rumah telah siap dan diserahkan kepada pembeli. #AgendaAWANI
MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata MBI Selangor menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28. Jelasnya, pelan tiga fasa itu akan memposisikan MBI Selangor sebagai sebuah syarikat pemegang pelaburan. #AgendaAWANI
Campur tangan dunia dalam perang Gaza, antara bermotif kemanusiaan dan politik - Penganalisis
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata campur tangan dunia mustahak demi membela nasib rakyat Palestin yang terus dibedil Israel ketika menjalani ibadah pada bulan Ramadan. Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berpendapatan campur tangan yang ditunjukkan oleh sekutu Amerika Syarikat di Asia Barat hanya bersifat politik dan berkepentingan peribadi.
Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata hakikatnya, Israel tidak ada cita-cita untuk menamatkan perang memandangkan mereka mahu terus berada secara haram di atas tanah Palestin. Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique pula berkata keengganan Israel itu bertujuan memastikan kelebihan dalam rundingan dengan Hamas tidak lenyap. #AgendaAWANI
#AWANIRingkas 3 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 3 Mac 2025
1️⃣ Hanya sebab tutup suis tv, suspek mengamuk bunuh ibu
2️⃣ Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
3️⃣ Lisa Blackpink artis k-pop pertama buat persembahan di Oscars
#awaniringkas
1️⃣ Hanya sebab tutup suis tv, suspek mengamuk bunuh ibu
2️⃣ Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
3️⃣ Lisa Blackpink artis k-pop pertama buat persembahan di Oscars
#awaniringkas

MWC 2025: Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Mohamad Fauzi berkata Malaysia terus komited untuk memanfaatkan kemajuan teknologi bagi merapatkan jurang digital dan meningkatkan keterhubungan.

Pertamina mohon maaf, janji reformasi tadbir urus susulan siasatan rasuah
Susulan siasatan oleh Pejabat Peguam Negara berhubung dakwaan rasuah membabitkan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan Pertamina.
AWANI 7:45 [3/3/2025] – Wang tunai RM170 juta,16 kg jongkong emas | Panggil dalam masa terdekat | Elak kegusaran | Pukul dan bakar ibu
Ismail Sabri kini suspek, bukan lagi saksi.
SPRM panggil 10 lagi saksi kes rasuah ubah wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Keputusan Kabinet bukan hanya untuk menteri, sampaikan kepada rakyat, kata PM.
Hanya sebab ibu tutup suis televisyen, anak OKU bunuh dan bakar ibu.
SPRM panggil 10 lagi saksi kes rasuah ubah wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Keputusan Kabinet bukan hanya untuk menteri, sampaikan kepada rakyat, kata PM.
Hanya sebab ibu tutup suis televisyen, anak OKU bunuh dan bakar ibu.
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.