IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan.
Dalam masa sama, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya.
Hasnul Zulkarnain mengulangi kenyataannya bahawa hanya mengetahui mengenai pemecatan itu melalui laporan media.
“Saya hanya tahu melalui media, saya terima dan tidak akan merayu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Bersatu pecat Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain
Pada Selasa, Astro AWANI melaporkan, Bersatu telah mengambil keputusan untuk memecat Hasnul Zulkarnain, difahamkan berpunca daripada tindakannya yang menyokong Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.
Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, tindakan itu diambil berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam laporan media sebelum ini.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Mar 24 2021

Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menegaskan, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

"Saya kekal ADUN Bebas yang sokong kerajaan" - Hasnul Zulkarnain
Hasnul Zulkarnain tegaskan, tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya.

Calon Timbalan Speaker DUN Selangor dipilih secara konsensus - Amirudin
Gabungan itu akan membuat keputusan secara konsensus dalam kalangan PKR, DAP dan Amanah bagi mengisi jawatan itu berikutan peletakan jawatan Dr Daroyah Alwi.

Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN
Mereka ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee - kedua-duanya dari PKR.

Polis kawal demonstrasi di Pusat Khidmat ADUN Tronoh
Satu pihak merupakan penyokong ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, sementara satu lagi kumpulan yang membantah tindakan Yong keluar parti dan menjadi ADUN Bebas baru-baru ini.

Tular PRN Perak akan diadakan, tidak benar - Nga
Berita tular tersebut turut disertakan dengan satu tangkap skrin sekeping surat bertarikh 23 Sept lepas daripada Jabatan Pendidikan Negeri kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.