KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti di Parlimen.
Beliau berkata, walaupun dalam usaha menuntut supaya RUU itu dibawa ke Parlimen, namun masih ada pihak bertindak 'membeli' wakil rakyat daripada sesebuah parti.
"Kita kesal keadaan yang berlaku walaupun kita menganggotai kerana kononnya kabinet bawa tetapi masih lagi ada parti-parti di negara ini mengalakkan untuk melakukan pembelian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pembelian wakil rakyat dan ini bercanggah dengan niat parti dalam jawatankuasa itu.
"Saya berharap perkara ini khususnya pimpinan-pimpinan parti menghentikannya, di mana kita mahu RUU ini dibentang di Parlimen dan saya minta Perdana Menteri percepatkan RUU ini dibentangkan di Parlimen untuk memastikan supaya apa yang dihasratkan di peringkat awal, mengelakkan supaya maruah dan martabat yang ada dan negara kita bukan lagi satu sistem amalan demokrasi.
"Esok menang kita boleh lompat. Esok jadi wakil rakyat, kita ada nilai, kita jual nilai ini. Ini yang tidak harus berlaku dalam keadaan sistem demokrasi di negara kita. Jadi saya minta Perdana Menteri percepatkan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Warisan, di Kolombong pada Selasa.
BACA: Tiada imbuhan untuk ADUN Kukusan, Rina Jainal sertai Harapan Rakyat
BACA: RUU Antilompat Parti: Kabinet sudah dimaklumkan cadangan pindaan - Wan Junaidi
Ahli Parlimen Semporna itu turut berkata, Perdana Menteri yang kini mempunyai kuasa untuk membawa bila RUU itu dibentangkan di Parlimen.
"Saya difahamkan, perkara ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kabinet. Ini di bawah bidang kuasa Perdana Menteri untuk tentukan tarikh bila pembentangan RUU Antilompat ini dibawa ke Parlimen.
"Saya pun tidak tahu apa kandungannya tetapi saya akan turut bersama bukan hanya menyokong tapi melihat apa kandungannya untuk pastikan supaya dapat diperbetulkan selaras dengan bukan hanya berdasarkan ia mencegah untuk pastikan supaya tidak berlaku kejadian lompat melompat dengan beberapa dorongan, kena ada hukuman untuk mencegah mereka lakukan di masa akan datang, cegah mereka lakukan di masa akan datang," tegasnya.
Sebelum itu, pada Ahad lalu, ADUN Kukusan, Rina Jainal bertindak keluar daripada parti dan ini sekali gus menjadikan seramai enam ADUN telah meninggalkan Warisan sejak tahun lalu.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 08 2022

MOHD SHAFIE: Perkara ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kabinet, tetapi di bawah bidang kuasa Perdana Menteri untuk tentukan tarikh pembentangan RUU Antilompat ini dibawa ke Parlimen. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.

'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.

Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Tuntutan itu merupakan tindakan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang cuba melakukan perbuatan sedemikian.

Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.

6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.

Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.

'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.

'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.