KUALA LUMPUR:Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu, dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO.
Itu pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mahu ahli UMNO mempercepatkan pemilihan parti bagi membolehkan lebih 3 juta ahli akar umbi menetukan mandat dan hala tuju bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU-15).
Memetik temu bual bersama Sinar Harian, beliau mendakwa terdapat tiga kelompok yang bertentangan dalam UMNO ketika ini menyebabkan keadaan semakin parah.
“Ia terdiri daripada kumpulan yang mahu bergerak bersendirian pada PRU15, kumpulan mahu kekal bersama PN dan satu lagi kumpulan menuntut penjajaran politik baharu dengan parti pembangkang.
“Ketika ini bukan sahaja akar umbi parti, bahkan rakyat juga tidak jelas dengan hala tuju sebenar UMNO ini,” katanya.
Dr Khir turut berpandangan, darurat sebagai jalan terbaik meredakan konflik politik negara yang tidak berkesudahan melihat kepada tuntutan PRU pada saat COVID-19 semakin kritikal ini.
Masalah dalaman
Senada dengan Dr Khir, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman yang menyifatkan masalah dalaman UMNO sudah sampai ke kemuncak disebabkan kepimpinan lemah.
Abdul Aziz bersetuju sudah sampai masanya parti Melayu terbesar itu menerima mandat baharu daripada akar umbi.
“Budaya pemilihan UMNO itu perlu diubah dan dihindari daripada politik wang atau pengaruh warlords.
“Proses pemilihan yang suci akan menentukan kesucian UMNO itu sendiri dan sekiranya amalan budaya politik wang masih menjadi amalan dan pilihan, UMNO tidak akan berubah sampai bila-bila,” kata Aziz dipetik Sinar Harian.
Pemimpin bermasalah
Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib turut memberi pandangan -- mana-mana pemimpin bermasalah digesa segera mengundurkan diri dan beri lebih ruang kepada pemimpin berkelayakan demi kelangsungan politik itu.
“Sekarang ini, soal beralah kepada yang pemimpin lebih layak menjadi masalah besar dalam UMNO kerana ada yang tidak mahu beralah.
“Ini namanya tidak bertimbang rasa, tidak kasihan dengan parti dan bersifat bodoh sombong. Akar umbi sepatutnya kena tahu beza mana kaca dan mana permata,” kata Muhammad.
Muhammad Taib yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mengulangi kesilapan sewaktu PRU14 dengan hanya mengangkat pemimpin popular dalam parti sahaja, sedangkan calon tersebut ditolak rakyat.
Hafizi Rosli
Fri Jan 15 2021

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman; dan Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib melihat pemilihan UMNO wajar diadakan segera. - Astro AWANI

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.