KUANTAN: Sokongan Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membantu ke arah kestabilan politik, kata Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin berkata beliau mengalu-alukan sokongan itu dan beranggapan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkenaan sedar betapa pentingnya untuk mewujudkan kerajaan yang stabil demi memastikan kelangsungan dan kebajikan rakyat terjaga ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.
"Soal keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hak peribadi beliau, tetapi yang penting kesediaan untuk menyokong kepimpinan perdana menteri, kerana kita perlukan kestabilan... hari ini tugas kerajaan PN untuk seimbangkan hidup dan kelangsungan hidup semasa pandemik ini," katanya.
Saifuddin yang juga Pengerusi Bersatu Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota cawangan Semambu, di sini hari ini.
Ditanya mengenai sokongan masyarakat Cina dan India di Pahang terhadap PN, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata tumpuan kini diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada golongan berkenaan tanpa mengetepikan kaum Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021

Saifuddin mengalu-alukan sokongan itu dan beranggapan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkenaan sedar kepentingan mewujudkan kerajaan yang stabil. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

PKR tuntut RM10 juta daripada Dr Xavier
PKR akan mengemukakan surat tuntutan bagi menuntut Datuk Dr Xavier Jayakumar membayar RM10 juta setelah bertindak keluar daripada parti itu bulan lepas.

Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.

Sivarasa dakwa Dr Xavier diberi tekanan untuk lompat parti
Beliau kesal dan sedih dengan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar daripada PKR

Sokongan Xavier kepada PM bantu ke arah kestabilan politik - Saifuddin
Sokongan Datuk Dr Xavier Jayakumar terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membantu ke arah kestabilan politik.

Xavier keluar PKR: Parti kini dibersihkan dari pemimpin tidak berprinsip - AMK Kuala Langat
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Langat menzahirkan rasa kecewa atas keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar meninggalkan parti itu.

Dijangka lebih ramai pemimpin pembangkang sertai Bersatu, PN - Faizal Azumu
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membayangkan bahawa ianya akan lebih ketara apabila tibanya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Xavier Jayakumar letak jawatan Naib Presiden, ahli PKR
Xavier berkata, beliau kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.

Sambutan Tahun Baharu Cina serlah keutuhan perpaduan kaum - Dr Xavier
Ini penting bagi menunjukkan bahawa tindakan sesetengah pihak yang cuba memainkan sentimen perkauman dan agama adalah gagal dan ditolak oleh rakyat.

Hukuman jenayah perhilitan: KATS minta Sabah, Sarawak pinda hukuman
Pinda peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan perhilitan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan dan hukuman yang setimpal

Santuari gajah RM20 juta tangani konflik gajah dan manusia
Sebuah santuari gajah yang baharu dengan kos kira-kira RM20 juta akan dibina di Perak dalam usaha berterusan memulihara haiwan itu yang kini semakin terancam.