KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat mempunyai 21 hari untuk memastikan berlakunya kekosongan kerusi luar jangka terhadap enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri.
Menurut bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
"Peranan Speaker di dalam Akta Anti Lompat Parti ini bermula apabila notis diberikan kepada beliau akan kekosongan seseorang Ahli Parlimen dan sebelum notis diserahkan, beliau tidak mempunyai peranan langsung.
"Kita perlu lihat Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3 yang menyatakan dalam masa 21 hari apabila notis itu diterima, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka.
"Itu adalah fungsi dan tugas beliau apabila mendapat notis serta memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari tarikh beliau menerima notis tersebut," kata Azhar.
Beliau berkata demikian dalam Podcast Program Bersama WSWJ yang dihoskan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang disiarkan di laman Youtube, pada Ahad.
Dalam program itu, Azhar turut mengulas persoalan mengenai bagaimana Speaker Dewan Rakyat mahu memastikan berlaku kekosongan luar jangka dan sama ada beliau boleh mentafsir Perlembagaan parti.
Jelas beliau, Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkan tindakan parti justeru sekiranya notis diterima, Speaker mengatakan Ahli Parlimen itu digugurkan keahlian maka itulah keputusannya.
"Bukan hak beliau (Speaker) untuk mempersoalkan perkara itu dan ia juga sealiran dengan peruntukan undang-undang Akta Pertubuhan.
"Terdapat satu seksyen bahawa tafsiran yang diambil Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sesebuah parti mengenai peruntukan Perlembagaannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal di mahkamah pun.
"Jika sebegitu di mahkamah saya rasa keadaan yang sama juga sepatutunya menjadi sedemikian di hadapan Speaker, beliau memang tidak ada kuasa," tambah Azhar.
Justeru, Azhar turut mencadangkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk melaksanakan tugasnya.
"Dengan rasa hormat kepada Speaker (Johari), cadangan saya ialah sememangnya beliau tidak boleh mempersoalkan tafsiran parti dan tindakan parti itu dan apa yang perlu dilakukan ialah mengikut 49A memastikan kekosongan luar jangka sahaja," katanya.
Ditanya mengenai sama ada perkara itu turut terpakai kepada Dewan Undangan Negeri (DUN), Azhar berkata, secara teknikalnya adalah boleh dan jika ia tidak keadaan itu akan menjadi 'jelik.'
Sebelum ini, tujuh wakil rakyat Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Daripada tujuh itu, enam membabitkan Ahli Parlimen iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Mohd Azizi juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Neggiri di Kelantan.
Seorang lagi wakil rakyat yang turut digugurkan keahlian adalah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.
Afiezy Azaman
Mon Jun 17 2024

Speaker Dewan Rakyat mempunyai 21 hari untuk memastikan berlakunya kekosongan kerusi luar jangka terhadap enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri, kata Azhar. - Gambar fail Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

Speaker Dewan Rakyat panggil KSU setiap kementerian lihat akta lapuk
Langkah itu perlu bagi membincangkan undang-undang yang tidak lagi relevan atau sesuai dengan era digital dan perlu ditambah baik agar seiring dengan peredaran masa.

Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.

Yael Braun-Pivet dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat Perancis
Ahli parlimen Perancis telah memilih Yael Braun-Pivet, sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk penggal kedua pada Khamis.

Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat kekalkan enam Ahli Parlimen Bersatu bersifat peribadi.

Keputusan pengosongan kerusi Ahli Parlimen Bersatu di tangan Speaker Dewan Rakyat - Penganalisis
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya, kata Nik Ahmad Kamal.

Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat
Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.