KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengesahkan kedudukannya dan lima lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) masih di blok pembangkang.
Jelas beliau, setakat ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai kedudukan keenam-enam Ahli Parlimen terbabit yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Memang pun (masih di blok pembangkang) selagi Speaker (Tan Sri Johari Abdul) tak buat apa apa keputusan, kami masih di blok (pembangkang) ini," katanya secara ringkas melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.
Enam Ahli Parlimen berkenaan adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) Dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Difahamkan, mereka masih dikekalkan di bahagian belakang blok E, iaitu sama dengan kedudukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pada Khamis lalu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta agar enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.
Menurut Ronald yang juga Ketua Whip Bersatu, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 24 2024

Suhaili (kanan sekali) berkata kedudukan mereka masih kekal di blok pembangkang selagi Yang di-Pertua Dewan Rakyat belum membuat sebarang keputusan - Sumber foto/JAPEN

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.
AWANI Ringkas: Penyanyi 'Bae Soba Bae' yakin dibebaskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengiktirafan halal, luaskan pasaran produk Baba’s
Pengiktirafan sijil halal ke atas produk Baba's bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna tetapi turut membuka peluang lebih luas bagi syarikat itu meneroka pasaran baharu.

Tiada siasatan kartel beras dibuka - MyCC
Iskandar berkata, menteri telah menyatakan di Parlimen bahawa tidak timbul isu atau amalan persekongkolan bidaan dalam industri beras dan padi negara.

Apple dijangka kemas kini siri 'iPhone e' setiap tahun – iPhone 17e pada 2026?
Buat masa ini, perkara ini adalah jangkaan awal, dan tidak diketahui sama ada Apple akan meneruskannya atau sebaliknya.

Meta perlihat cermin mata pintar Aria Gen 2
Aria Gen 2 dilengkapi kamera RGB, kamera 6-DOF SLAM, kamera menjejak pergerakan mata, GPS, barometer, magnetometer dan mikrofon spatial.

Permintaan penumpang global meningkat 10 peratus pada Januari - IATA
IATA berkata syarikat penerbangan di Asia-Pasifik merekodkan peningkatan 21.8 peratus tahun ke tahun dalam permintaan.

Meta rancang perkenal aplikasi khusus untuk Meta AI, termasuk pelan langganan
Meta merancang memperkenalkan aplikasi khusus Meta AI pada suku kedua 2025.
Malaysia mahu jayakan perjanjian ATIGA, DEFA
Malaysia menetapkan beberapa penanda aras untuk menilai kejayaannya selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.
Antaranya, perangkaan beberapa perjanjian perdagangan baharu atau dinaik taraf, bagi memperkasakan integrasi ekonomi serantau.
Antaranya, perangkaan beberapa perjanjian perdagangan baharu atau dinaik taraf, bagi memperkasakan integrasi ekonomi serantau.

Microsoft Store pada Windows 10 Mobile tamat sepenuhnya
Menurut sejumlah pengguna setia Windows Phone, gedung aplikasi Microsoft Store kini tidak lagi boleh dibuka.

Speaker tak buat keputusan, kedudukan kami masih di blok pembangkang - MP Labuan
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengesahkan kedudukannya dan lima lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional masih di blok pembangkang.

Keanggotaan ahli parti, antara cara atasi kelompangan undang-undang lompat parti - Penganalisis
Mujibu mencadangkan agar akta melibatkan rasuah boleh diselarikan bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti benar-benar memiliki 'taring'.