Skip to main content
Advertisement

Politik

SPR adakan mesyuarat khas 6 Nov ini tetapkan tarikh penting

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar menerusi surat bertarikh 27 Oktober 2026. - Gambar fail/Bernama
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar menerusi surat bertarikh 27 Oktober 2026. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas PRU DUN Sarawak Ke-13 pada 6 November ini.
  • Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Mesyuarat khas SPR akan membincangkan tarikh penting, daftar pemilih dan persiapan bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya negeri.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Umum DUN (PRU DUN) Sarawak Ke-13 pada 6 November ini.

Ia susulan pihaknya secara rasmi telah menerima pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar menerusi surat bertarikh 27 Oktober 2026.

Maklumnya lagi, mesyuarat khas itu akan membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pelaksanaan pilihan raya, termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Pada 23 Oktober lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

PRN kali ini dijangka menjadi medan penting bagi rakyat Sarawak memilih wakil rakyat baharu yang akan menerajui pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.

Must Watch Video

Advertisement