KUALA LUMPUR: Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Stephen berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain bersetuju dengan penstrukturan semula ini.
Katanya, beliau dan AMT akan meletakkan jawatan pada mesyuarat terakhir yang dijangka diadakan pada pertengahan Februari 2023.
"Semua ini akan terjawab dalam sedikit masa kerana akan ada satu mesyuarat terakhir untuk mengesahkan Datuk Seri (Hajiji) sebagai presiden. Sebab itu Hajiji tadi mengatakan beliau bakal mengetuai... belum presiden lagi.
"Kami akan meletak jawatan pada mesyuarat terakhir antara kedua-dua pihak yang dijangka seminggu dua lagi. Selepas mesyuarat itu peletakan jawatan akan berkuat kuasa," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Selain itu Stephen percaya, kepimpinan Hajiji mampu untuk memacu Gagasan Rakyat dan negeri Sabah ke tahap yang lebih baik serta cemerlang.
Hal ini katanya kerana Hajiji dan Gagasan Rakyat mempunyai perjuangan sama iaitu membawa pembangunan dan kemajuan kepada Sabah menerusi slogan atau moto 'Sabah First'.
"Saya yakin dan percaya dengan kemasukan bekas ahli Bersatu ke parti Gagasan Rakyat akan membawa kebaikan kepada negeri sabah. Ini kerana perjuangan kita itu sebenarnya sama.
"Sebagai contoh slogan dan moto Sabah first itu sebenarnya dibawa oleh Gagasan Rakyat, sekarang ini Hajiji dan pasukannya menggunakan Sabah First sebagai salah satu slogan perjuangan mengutamakan rakyat dan wilayah Sabah," katanya.
Pada 11 Disember 2022, sumber memberitahu beberapa bekas pemimpin dan ahli Bersatu didakwa akan menyertai dan mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Assim Hassan
Sun Jan 29 2023

Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Gagasan Rakyat adakan persidangan agung tahunan pertama 13 November - Hajiji
Persidangan sehari itu akan dihadiri oleh perwakilan serta pemerhati dari 73 bahagian Gagasan Rakyat serta wakil dari Labuan.

Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.

Awang Ahmad Sah umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat
Datuk Awang Ahmad Sah Sahari hari ini mengumumkan keluar daripada Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Armizan sah tidak sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, kekal ahli langsung GRS
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).