SIK: Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.
Kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika ini masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan, terutamanya di peringkat parti dan rakan komponen Perikatan Nasional (PN).
Ini kerana, katanya, tempoh tamat penggal kali ini adalah pada 2023.
Menurut Takiyuddin, perkara terbabit hanya akan dibincangkan secara terperinci di peringkat kepimpinan parti, sambil menambah, dia bukan orang yang sesuai untuk bercakap mengenainya.
"Itu akan dibincangkan di peringkat parti. Pilihan raya (PRU15) lambat lagi, 2023 bukan? Awal lagi. (Soal agihan kerusi) akan dibincangkan di peringkat kepimpinan parti (dan) saya tidak ada kedudukan untuk bercerita mengenai itu.
"Setiap parti yang masuk pilihan raya ada perancangannya sendiri, ada strateginya sendiri, sama ada pembangkang atau kerajaan, ada perancangannya sendiri.
"(Pas) ada strategi (tetapi) tidak boleh beritahu oranglah, kalau beritahu orang, itu tidak jadi strategi," katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Malaysia Prihatin Peringkat Daerah Sik dan Baling di Dewan Gemilang, di sini, hari ini.
Pada Sabtu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris berkata, PN akan menggunakan kaedah faraid untuk pengagihan kerusi Parlimen sebagai persiapan menghadapi PRU15 akan datang.
Ini bermakna, parti yang paling lama akan mendapat kerusi terbanyak, sekali gus Pas bakal memperoleh jumlah kerusi tertinggi untuk ditandingi pada PRU15 berbanding parti lain dalam PN.
Tambahnya, setakat ini, perbincangan pengagihan kerusi membabitkan Pas dan Bersatu, serta beberapa parti lain dalam PN, baru memasuki fasa pertama, yang turut meneliti isu pertukaran calon bertanding kali ini.
Abd Hadi Che Awang
Sun Apr 11 2021

Takiyuddin ketika berucap pada Program Malaysia Prihatin Peringkat Daerah Sik dan Baling di Dewan Gemilang, Sik, hari ini. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Himpunan solidariti itu bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.

Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan

Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.

Sindiket bawa masuk warga asing dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter atau counter setting antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.

PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.

Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.

Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.

MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.

Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pandangan kesemua Ahli Parlimen pembangkang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.