Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Pelaksanaan tahanan rumah Najib tak jejas kempen - Takiyuddin

Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PN berpandangan setiap warganegara mempunyai hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, termasuk mendapatkan pengampunan diraja, dan perkara itu perlu dihormati semua pihak. - Gambar fail
Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PN berpandangan setiap warganegara mempunyai hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, termasuk mendapatkan pengampunan diraja, dan perkara itu perlu dihormati semua pihak. - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Perikatan Nasional menyatakan pelaksanaan hukuman penjara di bawah tahanan rumah terhadap Najib Razak tidak menjejaskan kempen PRN Melaka.
  • Takiyuddin Hassan menegaskan hak mendapatkan pengampunan diraja adalah dijamin Perlembagaan dan perlu dihormati semua pihak tanpa pengecualian.
  • Jabatan Peguam Negara memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat.
Advertisement

AYER KEROH: Pelaksanaan hukuman penjara di bawah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjejaskan kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PN berpandangan setiap warganegara mempunyai hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, termasuk mendapatkan pengampunan diraja, dan perkara itu perlu dihormati semua pihak.

"Mana-mana individu yang dihukum penjara berhak mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Itu adalah hak mereka dan perlu dihormati semua pihak.

Advertisement

โ€œHak tersebut bukan hanya untuk individu tertentu atau orang yang terpilih, sebaliknya terpakai kepada semua yang layak. Perkara itu jelas termaktub di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,โ€ katanya ketika ditemui semasa sidang media Pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) dan PN, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga menuntut penjelasan kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri, jika berlaku kelewatan berhubung pelaksanaan hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Advertisement

Katanya, kerajaan perlu menjelaskan mengapa pelaksanaan hukuman berkenaan masih belum dapat dilakukan, sekiranya terdapat peruntukan yang membenarkannya.

Beliau berkata sekiranya denda yang dikenakan mahkamah telah dibayar, pelaksanaan baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sewajarnya disegerakan.

"Apabila denda telah dibayar, soal penjara ganti denda itu tidak timbul lagi. Jadi, tempoh menjalani hukuman itu di rumah perlu dilaksanakan sesegera mungkin," katanya.

Hari ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata kutipan dana menerusi Tabung Solidariti Najib berjumlah RM50 juta sudah mencapai sasaran.

Najib menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib, ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada 18 September 2026.

Must Watch Video

Advertisement