Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: “TH rugi RM10 bilion, saya tahulah, ini bukan tipu” - Anwar

Anwar ketika berucap pada program Ceramah Perdana Melaka Rumah Kira di Paya Rumput, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Anwar ketika berucap pada program Ceramah Perdana Melaka Rumah Kira di Paya Rumput, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerugian kira-kira RM10 bilion membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar dakwaan semata-mata.

Menteri Kewangan itu berkata, beliau mempunyai rekod pembayaran akibat kerugian yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

“Saya kalau boleh bangkit, haji mahu haji betul-betul. Berapa rugi? RM10 bilion. Mana saya tahu. Saya jaga duit itu, saya kena bayar, saya tahulah. Ini bukan tipu, rekod ada,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana Melaka Rumah Kira di Paya Rumput, di sini, malam ini.

Advertisement

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perkara berkenaan perlu diambil serius kerana ia membabitkan pengurusan wang umat Islam yang sepatutnya dipelihara bagi memastikan mereka dapat menunaikan ibadah haji.

Anwar menambah, kerajaan tidak boleh membiarkan wang rakyat dibocorkan kerana sumber kewangan berkenaan sepatutnya boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Advertisement

“Jaga-jaga tengok keluar lagi TH. Berapa? RM10 bilion. Mahu berniaga pun tipu, mahu pergi haji pun tipu,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata kerajaan pada masa sama perlu berdepan kesan kewangan daripada pelbagai masalah yang berlaku sebelum ini, termasuk membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Menurutnya, usaha membendung ketirisan penting supaya wang boleh disalurkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan.

Selain itu, Anwar menegaskan, tindakan terhadap mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan perlu berdasarkan siasatan dan bukti, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menggunakan pertimbangan yang matang dalam pilihan raya dengan menilai rekod dan keupayaan pihak yang mahu diberikan mandat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai Hari Pengundian bagi PRN Melaka ke-16.

Must Watch Video

Advertisement