TAIPING: Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana kerajaan negeri mempunyai sokongan kuat termasuk daripada kem pembangkang.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata justeru ia berbeza dengan situasi politik di Johor dengan kerajaan yang mempunyai majoriti tipis.
"Saya tidak tahu apa alasan di Johor... kemungkinan majoriti yang tipis itu. Di Perak sekarang saya mendapat sokongan kuat daripada parti yang mendokong kerajaan dan juga mendapat sokongan kuat daripada pembangkang.
Tiada sebab untuk kita membubarkan kerajaan negeri kerana masih ada masa dan peluang untuk kita membangunkan negeri ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Arena Sukan Aulong di sini hari ini.
Saarani berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan Kerajaan Negeri Perak susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) selepas mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.
Kerajaan Negeri Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Disember lepas.
Kerajaan negeri Perak ketika ini memiliki sokongan 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan BN mempunyai 25 kerusi diikuti Bersatu empat kerusi; Pas tiga kerusi; Parti Bangsa Malaysia (PBM) tiga kerusi dan Bebas satu kerusi.
DUN Perak mengandungi 59 ahli keseluruhan dan memerlukan 30 kerusi untuk majoriti mudah.
Dalam perkembangan lain Saarani berkata beliau hadir ke majlis hari ini atas jemputan ADUN Aulong yang juga Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan bukannya atas jemputan parti itu untuk merasmikan Arena Sukan Aulong.
"Walaupun ada perbezaan pendapat dan pandangan politik matang orang akan kata kita hipokrit, saya bagi duit peruntukan yang sama kepada ADUN pembangkang berbelanja untuk keperluan rakyat.
Saya mengambil pengalaman kerajaan sebelum ini tidak memberikan peruntukan kepada pembangkang dan bila saya jadi pembangkang, kerajaan yang memerintah pula tidak bagi peruntukan dan orang kawasan saya pun tidak dapat. Siapa juga yang menjadi Menteri Besar kena berbuat kebajikan kepada seluruh rakyat negeri ini dan ini menjadi tanggungjawab saya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA Perak Daniel Wa dalam aplikasi WhatsApp yang antara lain mempersoal kehadiran Saarani dan Nga di satu pentas seolah-olah Menteri Besar itu tidak menghormati semangat BN termasuk sekutunya iaitu MCA, MIC serta perasaan ahli UMNO sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022

SAARANI: Di Perak sekarang saya mendapat sokongan kuat daripada parti yang mendokong kerajaan dan juga mendapat sokongan kuat daripada pembangkang. - Gambar fail

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Prosedur permohonan TOL: Mohon dulu baru teroka - Saarani
Saarani berkata adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang individu meneroka tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.

405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.

DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.

Perak umum bonus untuk ADUN
Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.

2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).

Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.

Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB
Saarani berkata, jumlah tersebut merangkumi 4,819 orang berbanding 9,402 KIR miskin tegar pada Januari lalu.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.