Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya tidak mempunyai masalah dengan bilangan wakil parti itu dalam Kabinet yang lebih kecil berbanding parti lain.
Tuan Ibrahim, yang juga Menteri Alam Sekitar, berkata apa yang lebih penting ialah kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang diharapkan rakyat Malaysia.
"Yang penting kita akan buktikan kemampuan kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertamanya di sini hari ini.
Selain Tuan Ibrahim, wakil Pas yang menyertai Kabinet ialah Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Lima wakil Pas yang dilantik sebagai timbalan menteri ialah Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim (Kementerian Sumber Manusia), Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Kementerian Wanita dan Keluarga); Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary (Jabatan Perdana Menteri), Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi).
Ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mahu semua anggota Kabinet mengisytiharkan harta mereka, Tuan Ibrahim memberi jaminan bahawa kesemua 18 ahli parlimen Pas akan berbuat demikian.
Muhyiddin, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya hari ini, dilaporkan berkata semua anggota Kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mereka diberi tempoh sebulan untuk melakukannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020

Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang media selepas mesyuarat pasca kabinet pertama bersama pengurusan tertinggi Kementerian Alam Sekitar hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Alam Sekitar Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad. --fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.

Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.

SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri
Individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.

'Siapa saya nak larang pegawai, anggota pandu kereta mewah, tapi isytihar harta dulu' - Mohd Shuhaily
Semua pegawai dan anggota polis yang menjawat jawatan-jawatan sensitif diarah untuk mengisytiharkan harta masing-masing dengan segera.

PRN: 'Dedah siapa dalam PH-BN yang takut isytihar harta' - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, menteri BN ketika berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 telah mengisytiharkan harta mereka.

Mengikut deklarasi aset SPRM, Anwar yang tidak isytihar harta - Tun M
Dr Mahathir memaklumkan yang beliau telah mengisytihar harta sebanyak RM32.35 juta yang merangkumi tiga buah rumah serta aset-aset lain.

Isytihar harta: PM Anwar bincang dengan SPRM, tetapkan parameter jelas dan telus
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berbincang dengan pelbagai agensi termasuk SPRM bagi menetapkan parameter jelas berhubung aspek pengisytiharan harta agar lebih telus.

PRU15: Masih keliru pilihan kalbu?
Ada yang menjadi keliru mungkin kerana mendapat maklumat terkini bahawa si polan yang ingin disokong rupanya terpalit skandal.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.