KUALA LUMPUR: Tidak wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan UMNO dan Pas bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, spekulasi wujud perbincangan mungkin berlaku dalam kalangan ahli atau penyokong dan bukannya kepimpinan kedua-dua parti.
"Saya (sebagai) Setiausaha Agung UMNO pun tidak tahu (ada perbincangan). Kalau nak berbincang, kena berbincang dengan kepimpinan. Perbincang dengan ahli, semua orang boleh berbincang.
"Macam saya dengar pemimpin Pas bincang dengan pimpinan PH (Pakatan Harapan) ada juga. Negara kita sentiasa mengamalkan demokrasi, boleh berbincang dengan semua orang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional (BN) - PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Menara Dato’ Onn, pada Isnin.
Sebelum ini media melaporkan, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendedahkan wujud beberapa siri pertemuan antara Pas bersama UMNO bagi membincangkan kerjasama berkenaan.
Pertemuan itu dakwanya dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti, sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk.
Pada 8 Julai lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, parti itu tidak akan bekerjasama selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi Presiden Pas.
Rentetan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membalas kenyataan tersebut dan yakin ia akan menjadi 'berita baik' kepada Perikatan Nasional (PN) selagi Ahmad Zahid menerajui UMNO.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 22 2024

Asyraf Wajdi (dua, kiri) ketika sidang media mengenai Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional-Pakatan Harapan Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri, Kelantan di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi
Tidak wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan UMNO dan Pas bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

PRU15: Masih ada ruang untuk kerjasama UMNO, Pas - Annuar
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata masih ada ruang untuk kerjasama politik antara parti itu dengan Pas bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Muafakat Nasional: UMNO perlu lupakan kerjasama dengan Pas pada PRU15 - Zahid
Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Muafakat Nasional masih belum tamat - Mohamad
Beliau bagaimanapun mengakui hubungan itu telah sampai ke "ayat akhir" tetapi belum "dikhatamkan".

PRN Melaka: 'Kerjasama Pas-UMNO, tunggu keputusan Ahad ini' - Kamarudin
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka itu nanti.

Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional (P

Kerjasama UMNO-Pas tidak ubah perjuangan PH - Syed Saddiq
Gabungan UMNO-Pas tidak akan mengubah haluan dan perjuangan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda Harapan Nasional Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Piagam kerjasama Pas-UMNO bakal tercapai - Tuan Ibrahim
Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa tertinggi Pas sudah mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan mengenai piagam kerjasama dengan UMNO.