KOTA KINABALU: Tiada usul dikemukakan untuk tidak mempertandingkan jawatan dalam parti Bersatu, terutama melibatkan peringkat tertinggi, pada pemilihan parti itu yang bakal berlangsung Oktober ini.
Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee berkata nama-nama yang dikemukakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam hanyalah sebagai calon yang dicadangkan, dan parti itu menyerahkan kepada akar umbi untuk membuat keputusan pada pemilihan berkenaan.
"Kita masih pertandingkan (jawatan dalam parti), tetapi kita ada semangat musyawarah, perundingan yang baik dipersetujui oleh perwakilan. Masih pertandingan terbuka ... tetapi telah dirunding dan dibincang secara baik bersama.
"Dalam konteks semalam, Datuk Seri Peja (Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) berjiwa besar akur duduk (akan bertanding) sebagai Naib Presiden ... satu pengorbanan besar untuk parti ini," katanya pada sidang media selepas Taklimat Peraturan Persidangan Tahunan Bersatu di sini hari ini.
Turut hadir Ahmad Faizal, Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata Hamzah dicadangkan untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung parti.
Ditanya tentang persediaan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Ronald yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah berkata parti itu akan bertanding di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN), namun masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama dengan parti lain.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata keputusan untuk memberi laluan kepada Hamzah sebagai Timbalan Presiden Bersatu dilakukannya dengan rela hati bagi memastikan parti itu terus diperkukuh untuk membantu rakyat di negara ini.
"Saya antara (pemimpin) yang mengasaskan parti ini dan saya mahu melihat parti ini terus berjaya. Saya yakin dengan perjuangan dibawa parti ini dan dibawa Presiden (Muhyiddin), jadi obor perjuangan ini kami bawa bersama tanpa perlu fikir siapa ke depan atau belakang. Semua main peranan," katanya.
Bersatu akan mengadakan pemilihan parti dari 12 hingga 26 Okt yang menyaksikan ahli dan perwakilan memilih pemimpin di semua peringkat.
Persidangan tahunan parti itu akan bermula pada 20 Julai hingga 31 Ogos melibatkan cawangan dan peringkat bahagian pada 12 hingga 26 Okt.
Perhimpunan Agung Sayap Bersekutu dan Srikandi Muda pula diadakan pada 28 Nov, manakala Perhimpunan Agung Sayap Armada dan Srikandi pada 29 Nov dan Perhimpunan Agung Tahunan parti dijadualkan pada 30 Nov hingga 1 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024

Ronald Kiandee berkata, parti itu menyerahkan kepada akar umbi untuk membuat keputusan pada pemilihan berkenaan. - Bernama

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Tiada usul jawatan dalam Bersatu tidak dipertandingkan - Ronald
Parti itu menyerahkan kepada akar umbi untuk membuat keputusan pada pemilihan berkenaan.