KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mendakwa tidak pernah dipanggil atau menerima sebarang surat daripada Lembaga Disiplin UMNO sebelum mengambil keputusan menggantung keahliannya selama enam tahun.
Shahril dalam satu rakaman video berkata, beliau tidak tahu sebab yang digunakan oleh Lembaga Disiplin parti itu untuk akhirnya mengambil tindakan sedemikian.
Bagaimanapun, jika tindakan tersebut dibuat semata-mata untuk beliau 'u-turn' atau berdiam diri, Shahril menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.
"Mungkin lah mereka mengharapkan kita u-turn, kita berdiam diri atau kita ikut... Maaflah, saya tak boleh buat perkara itu. Semua ini tidak mengubah hakikat bahawa ia benda yang susah untuk saya telan.
"Memang kita nak tunjuk kita fighter (pejuang) dan saya jadi fighter, tapi hakikatnya saya manusia biasa.
"Ini parti UMNO satu-satunya parti yang saya dah berjuang. Saya jadi ahli, saya bersama cipta persahabatan, belajar daripada kawan-kawan dalam UMNO, dan mendewasakan diri dalam parti, tetapi tiba-tiba dibuat sebegini," katanya pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau ada membaca mesej yang sengaja ditularkan, tentang sebab yang memungkinkan dirinya dikenakan tindakan oleh UMNO.
Ia antaranya permintaan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggalas tanggungjawab susulan kekalahan UMNO pada pilihan raya lalu dan cadangan perubahan parti itu, termasuk menubuhkan jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
BACA: 'Kejahatan mereka tidak hilangkan kebaikan kita' - Hishammuddin
"Saya tak pastilah kalau orang boleh terima perkara ini sebagai sebab yang munasabah. Mungkin kalau mereka nampak orang tak boleh terima, dia cipta pula alasan yang baharu.
"Tapi tak apalah, saya ingat kita semua mungkin boleh agak sebab atau motif utama yang mereka ada untuk buat perkara ini," ujarnya.
Shahril menambah, beliau enggan membuat rayuan kerana menganggap tindakan tersebut sebagai sia-sia selepas prosedur asal (tindakan kepada ahli UMNO) tidak dilakukan dengan cara yang betul.
Dalam masa yang sama, Shahril berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan berhubung langkah seterusnya selepas penggantungan daripada UMNO.
"Tetapi insya-Allah ini tidak akan mematahkan semangat saya. Saya ada kemahuan, keinsafan untuk menyumbang dengan apa cara sekali pun dalam pembangunan agama, bangsa dan tanah air yang lebih murni selepas ini.
"Insya-Allah Shahril Hamdan kalau dah jadi fighter, kita tak akan gostan (undur)," katanya lagi.
Pada Jumaat malam, UMNO memecat bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Beberapa pemimpin lain pula digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Shahril.
Turut digantung keahlian selama enam tahun ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Fathul Bari Mat Jahya, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 28 2023
![Tidak tahu sebab digantung, Shahril Hamdan tak akan 'u-turn' Tidak tahu sebab digantung, Shahril Hamdan tak akan 'u-turn'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669368247_ShahrilHamdan.jpg)
Shahril dalam satu rakaman video berkata, beliau tidak tahu sebab yang digunakan oleh Lembaga Disiplin parti itu untuk mengambil tindakan sedemikian - Foto/fail
![Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000 Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738921742_Yogeshwaran.jpg)
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
#Ringkas 7 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Februari 2025
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
![Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738932635_TBTENGKUMUHAMMADTAUF.jpg)
Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari 38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738921935_ZulkafliSariaat.jpg)
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
![Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
![Tidak tahu sebab digantung, Shahril Hamdan tak akan 'u-turn' Tidak tahu sebab digantung, Shahril Hamdan tak akan 'u-turn'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669368247_ShahrilHamdan.jpg)
Tidak tahu sebab digantung, Shahril Hamdan tak akan 'u-turn'
Shahril dalam satu rakaman video berkata, beliau tidak tahu sebab yang digunakan oleh Lembaga Disiplin parti itu untuk mengambil tindakan sedemikian.