Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air.
Timbalan Presiden PAS yang dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang, itu mula bergiat aktif dalam politik apabila bertanding Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zainal Hassan.
BACA: Ucapan penuh pengumuman senarai Kabinet oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020
Bekas penasihat Pusat Pungutan Zakat Pahang itu dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS pada sesi 2019-2021 dan juga memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang sejak 2004 sehingga sekarang.
Pada PRU14, Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu bertanding bagi kerusi Parlimen Kubang Kerian dan menewaskan calon BN, Datuk Seri Muhammad Abd Ghani dan Datuk Dr Abdul Halim Yusof (Pakatan Harapan).
Tuan Ibrahim yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Jabatan dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Dakwah dan Kepimpinan di UKM pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar. - Gambar fail/BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.

PRK Pulai: Suhaizan mahu kemenangan dengan majoriti meyakinkan buat PH
Calon Parlimen Pulai yang juga bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat, mahu memberikan kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan buat PH, pada PRK yang akan diadakan bulan depan.

Tun M tegaskan akan terus terlibat dalam politik demi negara
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus terlibat dalam arena politik memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat di negara ini.

"Tumpuan saya untuk terus berkhidmat kepada negara" - Tengku Zafrul
"Jika anda mahu terus berkhidmat untuk negara, anda perlulah menyertai politik secara aktif," kata Tengku Zafrul.

'Saya tidak akan bersara, akan kembali jika rakyat masih mahukan saya' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan bersara dari arena politik, sebaliknya bekas perdana menteri itu berjanji akan kembali sekiranya rakyat masih mahukannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man: Dari ulama dihormati ke kabinet
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air.

Khalid Ibrahim tidak pertahan kerusi Bandar Tun Razak
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini tidak berparti, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).