KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berikutan terdapat permintaan daripada penyokongnya yang tidak membenarkan beliau bersara.
Beliau yang pernah dua kali menerajui tampuk pemerintahan negara menegaskan, apabila mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU15 sebelum ini, telah mencetuskan rasa kurang senang dalam penyokongnya.
“Mereka (penyokong) masih mahu saya bertanding. Ada benarnya, kebanyakan orang pada usia 95 tahun sudah tidak lagi aktif. Saya bernasib baik, saya masih berpeluang aktif.
“Namun begitu, mereka nampaknya tidak fikir bahawa saya akan merosot apabila usia makin meningkat. Mereka melihat saya seperti saya sekarang. Jadi, mereka, mahu saya sekurang-kurangnya tidak berkata yang saya tidak akan bertanding (PRU15) kelak,” kata negarawan itu dalam wawancara dengan The Straits Times (ST) Singapura.
Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Langkawai itu mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15.
Dalam wawancara bersama agensi berita Kyodo berkata, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, beliau akan kekal dalam arena politik untuk tempoh masa yang pendek.
Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu menegaskan, walaupun tidak akan bertanding lagi, namun itu tidak akan menghalang usahanya melawan gejala rasuah melalui parti baharunya, iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
“Saya mahu sedikit masa lagi, tetapi saya fikir saya hanya akan berkhidmat untuk tempoh masa yang pendek. Tetapi saya tidak akan bertanding dalam PRU ke-15,” katanya dalam wawancara itu.
BACA: Dr Mahathir umum tidak bertanding pada PRU15
Sementara itu, dalam wawancara bersama ST juga, Dr Mahathir berkata, beliau tidak dapat bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana penggantinya itu disimpulkan menggunakan strategi seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ‘melemahkan’ semua pihak yang menentangnya.
"Bagaimana mungkin saya dapat menerima Muhyiddin seperti itu?" kata Dr Mahathir sambil menegaskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga sedia bekerjasama dengan Najib kerana ‘politik lebih penting berbanding prinsip’.
Sekalipun menolak untuk berdamai dengan Muhyiddin, Dr Mahathir juga mengakui, barisan Ahli Parlimen pembangkang yang ada pada ketika ini juga tidak kurang untuk menentang Perdana Menteri.
Ini kerana, barisan pembangkang juga seperti tidak sealiran ekoran sokongan untuk calon Perdana Menteri tidak mencapai kesepakatan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 September lalu membuat sidang media mengumumkan yang beliau sudah memperoleh sokongan yang cukup bagi membentuk kerajaan baharu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu sehingga kini masih belum mengemukakan bukti terhadap wakaan beliau selain belum mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diperolehnya.
“Anwar ditentang oleh banyak orang. Jika saya tidak diterima, ramai (penyokong Dr Mahathir) akan menarik diri menyebabkan beliau tidak akan memperoleh majoriti.
"Sekarang, dia (Anwar) mendakwa mendapat sokongan 20 hingga 30 Ahli Parlimen (untuk membentuk kerajaan) tetapi mereka semua menafikannya," ujar Dr Mahathir lagi.
Astro Awani
Mon Oct 05 2020

Menurut Dr Mahathir, apabila mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU15 sebelum ini, telah mencetuskan rasa kurang senang dalam penyokongnya. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.