KOTA KINABALU: Mana-mana pihak yang berhasrat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah perlu menunggu Pilihan Raya Negeri akan datang bagi menentukan sama ada mereka mempunyai sokongan rakyat atau sebaliknya.
Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai berkata justeru ketika ini, tumpuan seharusnya diberikan kepada langkah mempercepat serta mempergiat usaha membangunkan negeri dan bukan merancang untuk menjatuhkan kerajaan semasa.
Beliau berkata sebarang langkah tidak wajar yang mampu menyebabkan ketidakstabilan politik di Sabah hendaklah dielakkan dan sebaliknya semua pihak perlu memfokus kepada usaha memperkukuh perpaduan.
"Janganlah kita mengganggu-gugat usaha yang baik dan produktif kerajaan semasa. Amat dikesali terdapat pihak yang dilihat tidak henti-henti cuba menggugat kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor," menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu itu dalam kenyataan Khamis malam.
Joniston berkata di bawah kepimpinan Hajiji yang berwibawa, Sabah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa termasuk mencatatkan hasil negeri tertinggi sebanyak RM6.6 bilion pada 2022.
"Selain itu, peruntukan tahunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri tahun ini telah dinaikkan kepada RM3 juta dengan RM2.5 juta diperuntuk bagi projek kecil manakala RM500,000 untuk program touch point," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata gabungan itu sedia membuktikan keabsahan sokongan kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas ada pihak tertentu mendakwa mereka memiliki sokongan lebih separuh daripada ADUN Sabah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023

Datuk Joniston Bangkuai berkata ketika ini, tumpuan seharusnya diberikan kepada langkah mempercepat serta mempergiat usaha membangunkan negeri dan bukan merancang untuk menjatuhkan kerajaan semasa. - Foto fail

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini
Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.

Chow terus fokus agenda kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak peduli pengkritik
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan kerajaan negeri itu walaupun dikritik.

#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.

COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.

Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.