KOTA KINABALU: Tindakan Parti Warisan (Warisan) menuntut pampasan terhadap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu disifatkan tiada asas dan tidak masuk akal.
ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.
"Saya belum terima sebarang surat tuntutan, saya pun tidak tahu apa sebabnya Presiden atau Warisan mengambil tindakan ini. Mungkin tidak dibincangkan apakah asas menuntut perkara ini, mungkin juga Warisan sudah tiada duit.
"Jadi asasnya ialah tidak pernah dibuat sebelum ini, sepatutnya perbelanjaan pilihan raya itu adalah tanggungjawab parti untuk yang dipilih.
"Parti yang sepatutnya membiayai, tetapi kalau ada pun tidak sebanyak mana.
"Tidak ada rekod dalam pembiayaan, itu yang dibenarkan dan dilaporkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi ADUN cuma RM100,000 dan Parlimen RM200,000," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan terbaharu Warisan terhadap 11 ADUN yang keluar parti membabitkan pampasan perbelanjaan yang dikeluarkan Warisan dalam pilihan raya lalu.
Mengulas lanjut, Yusof berkata, tindakan parti itu hanya sekadar cubaan untuk menakutkan ADUN mereka yang masih kekal bersama parti.
"Kerana sekarang ada insiden empat ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menukar sokongan kepada Perdana Menteri kita dan mereka tidak keluar parti tetapi memberi sokongan demi kebaikan negara dan kestabilan politik.
"Keduanya ialah supaya ADUN yang keluar telah keluar Warisan mungkin gelisah atau bertukar fikiran, tetapi tidak begitu," katanya.
Sementara itu, ADUN Tanjung Kapor, Chong Chen Bin menganggap tindakan itu tidak masuk akal sambil memberi perumpamaan jika rakyat biasa berpaling tadah tidak menyokong mereka adakah turut dikenakan tindakan sama.
"Andaikan orang yang Mohd Shafie pernah tolong dengan memberi wang bantuan dulu, kalau satu hari mereka tidak menyokongnya lagi, adakah dia akan minta balik wang bantuan itu?
"Kami pun pernah menyumbang juga kepada parti, kami pun ada pakai duit sendiri, bendera juga, masa duit tidak cukup.
"Tak mungkin kami mahu minta balik," katanya.
Sehubungan itu, Chen Bin berkata, pihaknya bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada pihak Warisan dan akan melawannya semula.
"Saya anggap mereka cuma mahu cipta satu isu saja bagaimanapun saya masih menghormati Presiden Warisan. Tiada dia, tiada saya hari ini.
"Tetapi jika dia ambil tindakan undang-undang terhadap saya, saya akan lawan juga.
"Kami terima saja, dia pakai peguam, kami pun ada.
"Memang sedia menunggu," katanya.
Dalam laporan Sinar Harian Rabu lalu, Mohd Shafie menyatakan parti berhak mendapatkan pampasan bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam pilihan raya yang dimenangi 11 ADUN tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023

Yusof (kiri) berkata, tindakan parti itu hanya sekadar cubaan untuk menakutkan ADUN mereka yang masih kekal bersama parti. Kanan, Chen Bin. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.

Laluan Kereta Api Trans Borneo perlu libatkan pantai timur Sabah - Shafie Apdal
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.

Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Tuntut pampasan 11 ADUN: 'Tindakan tidak masuk akal'
ADUN Sindumin itu berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.

20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai kerana kurang pekerja
Sekurang-kurangnya 20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai berikutan kekurangan buruh, justeru memerlukan kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memastikan industri itu kekal mampan.

Parlimen: Tiada langkah basmi kemiskinan di 8 daerah Sabah - Mohd Shafie
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses pembinaan LPB di Sabah amat lambat berbanding di Sarawak.

Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.

Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti
Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan) dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan sekaligus keluar daripada parti berkenaan.

Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi
Sebaliknya, katanya, surat itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.

DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.