KUALA LUMPUR: Beberapa ahli politik menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diumumkan malam tadi.
Antaranya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli-ahli Kabinet yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.
"Sentiasa lakukan yang terbaik dan berikan segalanya untuk rakyat dan Malaysia yang kita cintai. Biar kita bekerjasama untuk Malaysia yang lebih baik," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, malam tadi
Selain itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, turut mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Dr Zaliha Mustafa.
"Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga KKM (Kementerian Kesihatan). 'All the best'," katanya di Twitter rasminya.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada (Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi," katanya menerusi laman Facebooknya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota Jemaah Menteri Perpaduan Malaysia'.
"Semoga anggota Jemaah Menteri yang dibentuk ini dapat memperkukuh perpaduan, demi kemajuan Malaysia," katanya.
Anwar hari ini mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.

Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.

Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.

Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.

Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.

Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.