LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan sedia ada tidak mampu untuk kekal utuh sekiranya UMNO membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut beliau, kedua-dua parti itu memerlukan antara satu sama lain memandangkan kerjasama membabitkan beberapa parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini berada pada keadaan yang goyah selepas tindakan beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata bekas Perdana Menteri itu, UMNO hanya dilihat boleh memutuskan kerjasama dengan Bersatu sekiranya membentuk satu kerjasama atau penjajaran baharu bersama pihak tertentu yang memungkinkan mereka mempunyai majoriti yang cukup untuk mengambil alih pentadbiran negara.
"UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu, Bersatu akan jatuh… (apabila) Bersatu jatuh, UMNO pun jatuh kerana dia pun bergantung kepada Bersatu seperti Bersatu bergantung kepada dia.
“Dia (UMNO) cuma boleh tarik diri dari Bersatu kalau dia ada kumpulan lain yang bekerjasama dengan dia dan mempunyai cukup bilang untuk menubuhkan kerajaan, tetapi setakat (ini) tak ada sesiapa yang cukup bilang boleh bekerjasama dengan UMNO jadi UMNO ‘cakap saja’ bila mai undi dia terpaksa sokong Bersatu kalau dia tidak mahu (sokong) jatuh," kata Ahli Parlimen Langkawi itu lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima suntikan vaksin COVDI-19 di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Langkawi, di sini pada Ahad.
BACA: UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
BACA: Memahami dinamika UMNO dan Bersatu, apa pula peranan Pas?
Dalam pada itu, Dr Mahathir menyifatkan gabungan PN, UMNO dan beberapa parti lain yang kini berada di pihak kerajaan hanyalah satu bentuk kerjasama yang tertumpu kepada persedian menghadapi pilihan raya semata-semata.
Tindakan itu, jelas beliau, amat berbeza jika dibandingkan dengan kerjasama yang dibentuk melalui Barisan Nasional dan Parti Perikatan sebelum ini yang disifatkan beliau sebagai gabungan yang sebenar.
"Perikatan Nasional gabungan baharu dan mereka nampak tak begitu bergabung dengan kemas, ada pendapat yang berbeza antara mereka.
“UMNO walaupun masuk Muafakat (Nasional) dengan Pas tapi tak masuk dengan Perikatan Nasional, jadi mereka cuma buat perjanjian itu untuk pilihan raya sahaja bukan satu gabungan yang sebenar seperti dulu kita ada Barisan Basional kita ada Perikatan, itu betul-betul kerjasama, ini cuma nak hadapi pilihan raya, nak cari kemenangan,” kata beliau lagi.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan PN terus kekal dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti lain yang tidak menyertai PN terutama UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama terbabit.
UMNO pula dilaporkan telah menghantar surat kepada Muhyiddin pada 26 Februari lalu berhubung keputusan Majlis Tertinggi parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU15.
Abd Hadi Che Awang
Sun Mar 07 2021

Tegas Tun Dr Mahathir, UMNO hanya dilihat boleh memutuskan kerjasama dengan Bersatu sekiranya membentuk satu kerjasama atau penjajaran baharu. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.