Selepas terbentuk muafakat yang menyaksikan Pas turut berada dalam gabungan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, negeri Kelantan tidak lagi dilabel sebagai negeri pembangkang.
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Kelantan tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan negeri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, dalam konteks ini, kedua dua pihak boleh menjadi suara kepada kerajaan persekutuan di Dewan Kelantan.
“UMNO Kelantan mengambil pendirian untuk tidak meminta apa-apa jawatan. Ini terserah kepada presiden parti yang akan memutuskan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional berkenaan kedudukan kita.
“Kalau tidak ada apa-apa sekalipun kita redha, kerana bagi kita bukan jawatan yang menjadi satu perkara yang menghalang untuk kita berkhidmat kepada rakyat.
“Kita sudah jadi kerajaan walaupun tak ada jawatan dalam negeri tapi ada akses terus kepada Menteri Besar Kelantan,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi bagi menjelaskan senario politik negara yang dihadapi.
Menurut Ahmad Jazlan lagi, dalam soal ini, akar umbi UMNO perlu memahami perjalanan Muafakat Nasional (Pas dan UMNO) yang meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan parti dan individu.
UMNO Kelantan juga merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.
Selepas lebih 30 tahun, Kelantan kini menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan yang kelak akan memberi peluang dan kemajuan untuk rakyat Kelantan.
Astro Awani
Mon Mar 02 2020

AHMAD JAZLAN: -Kalau tidak ada apa-apa sekalipun kita redha, kerana bagi kita bukan jawatan yang menjadi satu perkara yang menghalang untuk kita berkhidmat kepada rakyat." - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti
UMNO Kelantan juga menolak sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi agenda individu.

PRU15: Ahmad Jazlan kesal fitnah salah guna kedudukan lulus projek bina masjid
Ahmad Jazlan Yaakob, menafikan menyalah guna kedudukan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk meluluskan projek pembinaan sebuah masjid ketika menjawat jawatan itu.

UMNO Kelantan letak calon di kerusi tradisi miliknya - Ahmad Jazlan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, UMNO Kelantan tidak akan berkompromi di kerusi yang menjadi tradisi ditandinginya.

UMNO Kelantan harap momentum kemenangan di PRN Melaka berterusan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengharapkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

'Penafian Zahid itu yang karut dan cerita kartun' - Nazri Aziz
Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan - Ismail Sabri
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengetahui berita berkenaan melalui laporan media pada Sabtu.

Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
Tindakan itu akan dilakukan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

PRU15: Muafakat Nasional Selangor selesai agih 90 peratus kerusi
Muafakat Nasional (MN) Selangor sudah menyelesaikan 90 peratus pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.

'Kami terkejut, terkilan dan sedih, Ikmal tinggalkan kami' - UMNO Kelantan
Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan melahirkan rasa amat terkejut, terkilan dan kecewa bercampur sedih dengan pengisytiharan keluar parti yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tanah Merah.