PETALING JAYA : Walaupun UMNO sudah membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO Perlis menegaskan akan terus 'berkawan' dengan parti itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata UMNO negeri itu akan terus bekerjasama dengan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk Bersatu.
Jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), keputusan yang telah dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hanya untuk memutuskan kerjasama apabila PRU15.
Justeru, ujarnya tidak timbul isu memutuskan kerjasama sekarang.
Tidak timbul kerjasama bermusuh
"Sebagai Pengerusi PNBBC, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam kerajaan kita ada UMNO, Bersatu, PAS, GPS, STAR dan Ahli Parlimen bebas. Semua ini rakan kongsi PN.
"Saya ingin maklumkan bahawa kita akan terus bekerjasama dengan semua parti dalam PN. UMNO ada 42 kerusi, Bersatu 18 kerusi, GPS 18 kerusi, dan lain-lain. Kita akan terus bekerjasama walaupun kita ada orang (parti) baharu menyertai kita," katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Malah tambah Shahidan, beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan PN sehingga PRU15.
"Saya akan beri perkhidmatan sebaiknya, apa pun keputusan UMNO, ia masa pilihan raya bukan sekarang.
"Yang jadi polemik besar itu ketika pilihan raya... kita masih berkawan (dengan Bersatu) sehingga UMNO memutuskan kerjasama ini, kita akan perhatikan nanti (bagaimana) kedudukan kita," jelasnya lagi.
BACA: UMNO Perlis tidak bercadang putus hubungan dengan pimpinan Pusat - Shahidan
BACA: Perwakilan UMNO sebulat suara putus kerjasama dengan Bersatu pada PRU15
BACA: PAU2020: Kita akan bertanding solo atas nama BN dalam PRU15 - Ahmad Zahid
Keputusan MKT
Tambah Shahidan, UMNO Perlis mengambil pendekatan berkawan berbanding bermusuh dengan Bersatu seperti naratif yang dibawa oleh sebahagian rakan-rakan seperjuangannya dalam parti itu.
Tindakan itu jelasnya, tidak bertentangan dengan keputusan MKT, sebaliknya berpegang kepada keputusan parti itu.
"Yang saya nak bawa ke PAU2020 (Perhimpunan Agung UMNO 2020), iaitu menyokong kerajaan PN... (bagaimanapun) keputusan MKT itu kita pegang itu, cuma saya minta perkataan menolak itu diganti dengan perkataan berunding dengan kerajaan PN.
"Bila kita bertanding (dalam PRU15), PN tidak bertanding (di Perlis) dan di Perlis semua (kerusi) kita bertanding," katanya lagi.
Pintu rundingan
Justeru ujar Shahidan, UMNO perlu membuka pintu rundingan dengan Bersatu agar Barisan Nasional (BN) dapat menang dalam PRU15 kelak.
"Perlis adalah negeri yang menang pilihanraya (PRU14), pendekatan saya cuba nak bentangkan tapi tidak dapat dalam PAU2020 baru-baru ini kerana dikatakan pendekatan politik berbeza.
"Sekarang kita kawasan Parlimen BN menang 57 kerusi, kita nak menang lagi 30 hingga 40 kerusi. Yang menang kena jaga, kalau tidak jaga nanti kita rugi, UMNO perlis kita menang dua daripada tiga Parlimen," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Mar 30 2021

Shahidan Kassim memaklumkan bahawa UMNO negeri itu akan terus bekerjasama dengan parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Titah Adendum: 'Jika benar wujud, laksanakanlah'
Jika benar Titah Adendum itu wujud, Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mereka yang bertindak menyembunyikannya perlu menerima hukuman setimpal.

MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.

Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.

KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.

Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.

Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.

Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).

Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.