KUALA LUMPUR:UMNO perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau berkata, pemimpin muda serta golongan pelapis perlu diberikan peluang untuk memimpin parti itu.
"Saya memberi gambaran secara prinsip... lebih senang berpegang kepada prinsip... kalau kepimpinan parti itu senang diterima, imej yang baik, kredibilitinya ada, kemahiran ada, okay selesai.
"Kedua sistem pengantian dan pemilihan dalam UMNO. Kalau kita tengok, ia tidak jadi menarik sebab muka-muka lama... begitu lama... kepimpinan bahagian, negeri dan pusat.
"Sebab itu dalam kepimpinan Pemuda UMNO, kita ada had umur 40 tahun. Bila umur 40 tahun, mahu tidak mahu mereka kena cari pengganti. Nak jadi ketua pemuda bahagian kena muka yang baharu, pelapis dan penganti, yang terlatih dan sebagainya.
"Tetapi ini tidak berlaku (dalam UMNO)... naib ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian, presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)... masalahnya bila tidak ada had, ia akan berpanjangan. Ini masalah dalam UMNO sekarang menyebabkan orang muda tidak boleh ke depan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Tambah Tun Faisal lagi, proses peremajaan parti seperti yang dilaungkan UMNO perlu diterjemahkan dengan memberi peluang kepada pemimpin muda dijadikan senator di Dewan Negara.
"Perlu ada eksperimen untuk meremajakan parti, tetapi ada keputusan-keputusan yang saya sendiri tidak faham. Contoh, senator (Dewan Negara) ini adalah tempat anak-anak muda di groom, tetapi saya tidak faham apabila kepimpinan UMNO mengambil orang berumur 70 tahun ke atas diletakkan di kerusi senator.
"Letaklah tempat lain tidak mengapa, sebab itu grooming process... kita nak membina lapisan baharu, tapi tidak ada had. Bila tiada kaedah dan garis panduan akhirnya UMNO jadi tidak menarik di pandangan mata orang," katanya lagi.
Fareez Azman
Fri Jan 22 2021

Tun Faisal berkata proses peremajaan parti seperti yang dilaungkan UMNO perlu diterjemahkan dengan memberi peluang kepada pemimpin muda. - Gambar fail
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.