KUALA LUMPUR:UMNO perlu memutuskan mahu bekerjasama dengan pihak mana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya tidak dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu juga harus memutuskan mahu bekerjasama dengan DAP, PKR atau bersendirian pada pilihan raya akan datang.
"Dalam menentukan kerjasama politik, UMNO harus mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan ke hadapan parti. Pertimbangan yang dibuat jangan bersandarkan emosi dan kesan jangka masa pendek.
"Ini adalah kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO, memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan UMNO, dan juga kedudukan UMNO dalam pilihan raya yang akan datang.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kemelut UMNO? Mana hala tuju menjelang PRU15
BACA: Surat Anwar dakwa dapat 131 sokongan Ahli Parlimen pula tular
"Perancangan kerjasama politik UMNO harus dibuat dengan teliti kerana pilihan raya bukannya esok. UMNO mesti lakukannya dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Tambahnya, iktibar yang harus diambil oleh UMNO adalah Barisan Nasional (BN) hanya menang 79 kerusi pada PRU-14 daripada 133 kerusi pada PRU-13.
"Ini bermakna kita kehilangan 54 kerusi. Kita harus insaf dari pengalaman ini," jelasnya.
Dalam pada itu kata Hishammuddin, negara kini masih berperang dengan kes harian tinggi COVID-19, banjir selain pemulihan ekonomi.
Jelasnya, UMNO sedang diberi peluang untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpinnya prihatin, berkemampuan, dan bersungguh-sungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat.
"Pemimpin UMNO diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan COVID-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin.
"Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Pada hemat saya inilah harapan rakyat di bawah kepada pemimpin UMNO. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan. Akhirnya rakyat mual dan hilang keyakinan," ujarnya.
Hishammuddin turut berpesan agar ahli Majlis Kerja Tertinggi yang akan bermesyuarat pada malam Rabu memutuskan yang terbaik selain menjelaskan apa sebenarnya UMNO inginkan.
Astro Awani
Wed Jan 06 2021
Jelas Hishammuddin, UMNO sedang diberi peluang untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpinnya prihatin, berkemampuan, dan bersungguh-sungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.
Laporan dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu
Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.
Keluar Bersatu: Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.
PRU15 : Srikandi mahukan lebih ramai calon wanita
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan lebih ramai calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali
Ia susulan khabar angin bahawa Mohamed Azmin akan meninggalkan Bersatu dan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Tindakan Zuraida keluar parti menunjukkan Bersatu semakin lemah - Ahmad Maslan
Keputusan Datuk Zuraidah Kamaruddin menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.
USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.
PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu
UMNO dan BN dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berhadapan ancaman COVID-19.
PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis
Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti baharu yang memperjuangkan konsep berbilang bangsa.