KOTA KINABALU: UMNO Sabah yakin mampu untuk memacu ekonomi dan membangun rakyat melalui usaha bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata melalui gabungan tersebut beliau yakin akan dapat menunaikan tuntutan dan kehendak rakyat di negeri itu biarpun bukan sebagai parti yang dominan dalam GRS.
"Ini bukan menjadi satu masalah sebab kita sebahagian daripada kerajaan negeri dan yang lebih penting kita dapat menyumbang dengan membangun rakyat melalui GRS.
"Pada saya UMNO telah melalui pelbagai liku perjuangan tetapi akhirnya perjuangan yang ada keberanian, tulus ikhlas dan komitmen yang tinggi akhirnya mendapat tempat di hati rakyat.
"Saya yakin dan percaya UMNO Sabah akan terus memacu ke hadapan pada masa akan datang sebab kita yakin pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan untuk membangun Sabah, membangun rakyat adalah keutamaan kita dan kita ingin memastikan melalui GRS ini kita ada masa empat tahun lagi untuk memastikan tuntutan rakyat akan dapat kita penuhi," katanya selepas Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 UMNO Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Turut hadir pada acara sambutan tersebut adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sambil diikuti secara atas talian oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ditanya mengenai hala tuju gabungan serta terdapat saranan yang mahu GRS kembali mengadakan perbincangan, Bung berkata perbincangan akan dilakukan dari masa ke masa dan lebih utama slogan 'Sabah for Sabahan' tidak lagi dibangkitkan.
"Ini akan kita bincang dari masa ke masa mengikut keperluan dan GRS ini masih baru, sudah tentu banyak perkara yang perlu kita perbincangkan untuk memastikan GRS ini dapat berjalan dengan baik sebab pada saya GRS ini merupakan satu platform yang baik.
"Kita dapat menggabungkan parti nasional, parti tempatan, jadi isu Sabah for Sabahan itu sudah semakin reda dan tidak lagi timbul sebab kita sama-sama duduk berbincang halatuju kita untuk memastikan rakyat dapat dibela, itu keutamaan kita," katanya.
Tarikh 21 Februari merupakan tarikh keramat bagi UMNO Sabah yang kini telah menjangkau usia 30 tahun sejak penubuhannya pada 1991.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Feb 20 2021

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata melalui gabungan tersebut beliau yakin akan dapat menunaikan tuntutan dan kehendak rakyat di negeri itu biarpun bukan sebagai parti yang dominan dalam GRS. - Astro AWANI

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.

Tidak wujud perpecahan dalam UMNO Sabah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud perpecahan dalam parti itu di Sabah terutama dalam kalangan pemimpinnya.

UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.

UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.

Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.

PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor
Sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah bagi membantu kempen di Selangor, kata Bung Moktar.

Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar
Ahli UMNO khususnya generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi membolehkan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.

'Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan'
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan demikian akan membunuh perjuangan parti di negeri itu.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.