KUALA LUMPUR:Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak 'terkena sakit jantung' seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
"Saya yakin ahli UMNO itu mempunyai pandangan yang cukup berbeza dari ahli politik yang lain, kerana mereka yakin UMNO itu dapat menjadi wadah kepada orang Melayu.
"Tetapi apabila ditadbir oleh seorang presiden yang lemah, dan saya yakin inilah kali pertama dalam sejarah UMNO, seorang presiden yang tidak akan menjadi perdana menteri.
"Pada PRU14, UMNO diberi amaran 'serangan jantung' yang hampir memautkan UMNO dan kini proses pemulihan itu sedang berlaku.
"Tetapi kita tidak mahu serangan jantung kedua yang akan melumpuhkan terus UMNO. Maka perubahan segera perlu dilakukan terhadap UMNO.
"Kita kena berlapang dada, presiden kena berlapang dada melihat bahawa kelangsungan UMNO itu lebih penting dari kelangsungan pemimpin," katanya semasa sidang Skype pada Ahad.
BACA: Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
BACA: Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri
Sebelum ini, Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Ibrahim, berkata, kemelut politik di dalam UMNO perlu diselesaikan dengan penuh bijaksana.
Tegasnya, UMNO perlu dirombak semula termasuk jawatan Presidennya selain mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.
Dalam pada itu kata Mohammad Tawfik, rakyat sudah letih dengan situasi politik negara selain memerlukan seorang pemimpin yang berkhidmat untuk parti.
Jelasnya, percakaran pemimpin dalam UMNO hanya akan memberi imej buruk kepada parti, rakyat serta kerajaan yang sedang mentadbir negara hari ini.
Astro Awani
Sun Jan 24 2021
![UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607925444_DrMohammadTawfikY.jpg)
Kata Dr Mohammad Tawfik, rakyat sudah letih dengan situasi politik negara selain memerlukan seorang pemimpin yang berkhidmat untuk parti. - Facebook Dr Mohammad Tawfik Yaakub
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
!['Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar 'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735887796_AnwarIbrahim.jpg)
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
![Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732782973_TBzahidhamidi.jpg)
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732782134_zahid.jpg)
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
![Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732708072_TunMahathirSidang.jpg)
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
![BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732431506_AhmadZahidHamidi.jpg)
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
![MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732013677_ZahidHamidiMIHAS.jpg)
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
![Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731989754_TBzahidhamidi.jpg)
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
![Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731928586_tbMiHASDubai.jpg)
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
![Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731800899_ZahidHamidi.jpg)
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
![Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731714295_IESFRiyadhmalaysi.jpg)
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.