MERSING: UMNO bersedia meneliti sebarang cadangan bagi mengubah peraturan sistem pemilihan parti melibatkan jawatan tertinggi.
Bagaimanapun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mengubah peraturan sistem pemilihan bukan keutamaan parti ketika ini dan hanya akan dilakukan jika terdapat keperluan atau pun sudah tiba masanya.
"Namun kita bersedia untuk membuka sebarang cadangan bagi menentukan peraturan baharu dalam sistem pemilihan parti apabila tiba masanya nanti.
"Sebagaimana yang kita ketahui, pemilihan UMNO ini hanya akan dibuat pada 2026.
"Jadi ada tempoh dua tahun daripada sekarang untuk meminda peraturan (pemilihan) sedia ada, sama ada ia perlu di bawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas jika membabitkan pindaan perlembagaan parti.
"Jika sekadar membabitkan peraturan, ia akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Mersing, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, pada Sabtu.
Hadir sama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menasihatkan ahli parti tidak terlalu menumpukan perkara berkaitan cadangan sistem baharu pemilihan parti itu.
"Kita jangan fikirkan tentang soal pemilihan parti kerana ia (pemilihan) tidak akan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan.
"Saya harap semua kepimpinan parti di peringkat nasional, negeri dan pelbagai peringkat supaya kita tumpukan kepada kerja-kerja memperkuatkan parti, yang jadi keutamaan ketika ini," katanya.
Pada Jumaat, sebuah portal dilaporkan mendakwa UMNO bercadang untuk kembali kepada sistem lama pemilihan parti membabitkan jawatan tertinggi di peringkat pusat, selepas lebih sedekad sistem itu diguna pakai.
UMNO didakwa mahu beralih kepada sistem lama pengundian membabitka sistem perwakilan berbanding kaedah pengundian akar umbi ketika ini, yang memberikan peluang lebih ramai ahli parti di seluruh negara untuk memilih kepimpinan tertinggi.
Cadangan itu dilaporkan antara usul yang hangat dibincangkan pada Mesyuarat Bahagian parti itu ketika ini menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan bermula 20 Ogos ini.
Usul itu dijangka dibahaskan pada PAU kali ini dan akan diputuskan oleh MKT parti.
Jika ia diluluskan, setiap bahagian UMNO akan menghantar 15 perwakilan di samping enam perwakilan dari setiap sayap parti untuk memilih kepimpinan tertinggi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 27 2024

Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Mersing, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.