KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu perlu dilaksanakan kerana ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini bahawa persidangan boleh dilakukan sewaktu Darurat.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, UMNO bertegas bahawa kerajaan sedia ada tidak boleh dilihat sebagai cuba memandulkan amalkan demokrasi berparlimen.
“Parlimen dan DUN adalah medan semak dan imbang di kalangan wakil-wakil rakyat, agar kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan sesuka hati sehingga membelakangkan kepentingan rakyat.
“.. yang hari ini berdepan dengan pelbagai kesilapan dan kesempatan melibatkan ekonomi, pengangguran, kos sara hidup, dan harga barangan yang meningkat,” katanya lagi.
Terdahulu, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn hari ini bermula kira-kira 3 petang tadi.
Ini merupakan mesyuarat MKT yang pertama diadakan sejak Perhimpunan Agung UMNO 2020 berlangsung pada Mac lepas.
Ahmad berkata, kegagalan mengadakan persidangan Parlimen akan menyebabkan keyakinan dan kepercayaan pelabur, terutama dari luar akan terus terhakis sekiranya tiada aspek good governance dari segi semak dan imbang dalam kerajaan.
Mengenai perkembangan pemilihan parti, Ahmad berkata, MKT akan menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
Beliau berkata surat itu bertujuan untuk meminta nasihat dan pandangan tentang bagaimana pemilihan dijalankan selaras Perlembagaan UMNO dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
“Ini bagi memastikan proses pemilihan yang melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO Cawangan-cawangan termasuk sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri berjumlah 66,287 di semua 181 bahagian melibatkan 3.3 juta ahli dengan berkesan, mangambil kira jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Apr 25 2021

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu perlu dilaksanakan kerana ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini bahawa persidangan boleh dilakukan sewaktu Darurat. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.