KUALA LUMPUR: UMNO sepatutnya tidak menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ia menurunkan darjat parti itu, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan kerjasama itu sejak dari awal.
"Saya awal-awal lagi tidak setuju UMNO membantu Bersatu menubuhkan kerajaan. Saya beritahu kepada pemimpin UMNO dan Ahli Parlimen UMNO, tapi banyak orang tidak sependapat dengan saya.
“Apabila kita berbuat demikian (penjajaran baharu) kita sudah turun darjat. Kita ini bukan parti lagi tapi sudah menjadi institusi.
“Kalau kita merendah diri sampai tahap itu orang tidak hormat kita," katanya ketika ditemu bual dalam program bersama Ku Li yang disiar Sinar Harian pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ku Li mengulangi pendiriannya bahawa UMNO perlu keluar daripada kerajaan PN serta Ahli Parlimen UMNO meletak jawatan yang dipegang dalam kerajaan.
"Jadi patut bercerai, itu kehendak akar umno, itu yang diputuskan dalam PAU (Perhimpunan Agung Umno)," dakwanya lagi.
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh turut mendakwa pembentukan kerajaan PN dilakukan secara 'curi'.
Katanya, kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat dan bukannya melalui peralihan kuasa.
"Saya hendak kritik banyak sangat takut nampak berupa politik sangat tetapi tidak dapat kita pisah daripada masalah itu.
"Sebab kita tengok kerajaan sekarang dibentuk secara curi. Tidaklah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan mandat yang sah," katanya lagi.
Katanya, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini juga semakin terhimpit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu keabsahan.
"Saya rasa kerajaan sekarang ada masalah besar antaranya soal keabsahan (di mana) selagi Perdana Menteri (Muhyiddin)... walaupun dilantik dengan sah oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tetapi belum diuji di Parlimen," katanya lagi.
Fareez Azman
Wed Jul 07 2021

Veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan kerjasama itu sejak dari awal. - Gambar fail

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.