Parlimen Lumut merekodkan jumlah pengundi awal paling ramai di negeri Perak iaitu 11,900 pemilih daripada keseluruhan 37,407 pengundi awal yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini.
Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terletak di Parlimen ini merekodkan jumlah tertinggi pemilih dari kalangan tentera dan keluarga mereka iaitu 11,352 pemilih.
Sementara baki, 548 pemilih di Parlimen ini merupakan anggota polis pelbagai pangkat serta keluarga mereka.
Enam pusat mengundi dibuka tepat jam lapan pagi iaitu tiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang dan tiga lagi di DUN Pangkor.
Di DUN Pasir Panjang, seramai 380 pemilih layak mengundi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Kg Acheh (88) dan Bilik Mesyuarat, Stesen Komunikasi TLDM, Sitiawan (129).
Sementara di DUN Pangkor yang menempatkan Pangkalan TLDM, terdapat 6,483 pemilih berdaftar yang layak membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM, Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan TLDM (4,740) dan Ruang Pejabat Am, Balai Polis Pangkor (80).
Antara yang membuang undi awal di dua pusat mengundi di Pangkalan TLDM adalah Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli, Timbalannya, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis dan Komander Pangkalan, Laksamana Pertama Datuk Alias Baharuddin.
Sebanyak 71 pusat mengundi awal dengan 117 saluran dibuka di seluruh Perak, tepat jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 37,407 pemilih melaksanakan tanggungjawab mereka.
Ia membabitkan 23,634 anggota tentera dan 13,773 polis di seluruh Perak.
Pusat mengundi awal yang terlibat kebanyakannya di kem tentera, ibu pejabat polis daerah dan kem Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sebanyak 71 pusat mengundi dibuka terdiri daripada 55 pusat mengundi untuk anggota polis, manakala 16 lagi untuk tentera.
Sejumlah 356 petugas terlibat hari ini yang terdiri daripada 18 penyelia pusat mengundi, kerani penyemak daftar pemilih (66), penunjuk arah pusat mengundi (155) serta anggota polis (117).
Harits Asyraf Hasnan
Sat May 05 2018
![Undi Awal: TLDM paling ramai di Lumut, 117 saluran seluruh Perak Undi Awal: TLDM paling ramai di Lumut, 117 saluran seluruh Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525486449_undiawallumut.jpg)
Barisan Leftenan Muda selesai menunaikan tanggungjawab mereka di SK Pangkalan TLDM Lumut pada hari mengundi awal PRU14 hari ini. - Foto Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714310876_tbwarismangsaTLDM.jpg)
Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
"Sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT."
![Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713882916_KhaledNordinLumut.jpg)
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
![Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713881398_TBRAHIZAWARIS.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
![Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713879200_squadron.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
![Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713875800_bedahsiasat.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
![Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713868367_jenazahhelikopter.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
![JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701757640_bayilelaki.jpg)
JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang
JKM Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar.
![Remaja lelaki hilang di Teluk Senangin ditemui lemas Remaja lelaki hilang di Teluk Senangin ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695638006_TBMangsaLEmas.jpg)
Remaja lelaki hilang di Teluk Senangin ditemui lemas
Remaja lelaki yang hilang ketika mandi laut di Pantai Teluk Senangin di sini, sejak semalam, ditemui lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
![Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan lelaki di Teluk Senangin Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan lelaki di Teluk Senangin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695537559_LemasLumut.jpg)
Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan lelaki di Teluk Senangin
Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan seorang lelaki lain yang hampir lemas di Pantai Teluk Senangin di sini, hari ini.
![Peniaga sarang burung walit parah ditembak Peniaga sarang burung walit parah ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691049385_Pistolgeneric.jpg)
Peniaga sarang burung walit parah ditembak
Seorang peniaga parah selepas ditembak dari jarak dekat ketika menjalankan urus niaga sarang burung walit di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni di Lumut pada Rabu.