SIBU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan datang.
Naib Presiden PBB merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapaee berkata strategi mendekati pengundi lingkungan usia itu secara keseluruhannya adalah berbeza berbanding strategi mendekati pengundi lebih berumur.
Menurutnya ia perlu dilakukan dengan lebih kerap dan konsisten untuk memastikan keberhasilan yang tinggi.
"Namun mereka tidak sukar untuk diyakini, dan tidak sukar untuk memberitahu mereka perancangan yang hendak kita lakukan kerana mereka sebenarnya sangat mudah menerima apa yang berlaku di sekitar mereka," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Penghargaan Media di sini malam tadi.
Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Dis menyatakan pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas berkuat kuasa pada 15 Dis lepas.
Dr Annuar yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Nangka untuk penggal ketiga pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN12) lepas dengan majoriti lebih 10,000 undi berkata beliau bersyukur kerana kemenangan itu bukan dicapai dengan mudah.
Katanya untuk mengekalkan majoriti besar itu pada PRN yang akan datang bukanlah sesuatu yang mudah dan sekiranya aktiviti kempen tidak bersemuka dengan pengundi menjadi norma, PBB terpaksa bekerja dengan lebih keras dari awal.
"Pilihan raya kali ini adalah sangat berbeza kerana tidak mudah untuk berjumpa secara terus dengan pengundi kerana kita mematuhi ketat SOP. Bagi PBB kekuatan kita ialah berkempen dari rumah ke rumah, jadi dengan adanya SOP, sukar untuk kita sampaikan perancangan kita kepada mereka.
"Meskipun kita ada berkempen secara maya, kita tidak tahu sejauh mana keberkesanannya kerana tidak semua orang mempunyai akses kepada Internet," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022

Annuar berkata strategi mendekati pengundi lingkungan usia itu secara keseluruhannya adalah berbeza berbanding strategi mendekati pengundi lebih berumur. - Gambar fail/BERNAMA

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak tidak akan akibatkan kenaikan cukai
Dasar itu boleh dipertahankan menerusi satu model kewangan kukuh dan ia terbukti apabila Sarawak terus menyaksikan kenaikan pendapatan.

SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis
Dr Annuar berkata kerjasama ini akan menjadi sebahagian daripada persediaan negeri Sarawak dalam menghadapi kemungkinan wabak Penyakit X.

Kuasa lulus projek bawah RM50 juta percepat baik pulih sekolah di Sarawak
Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.

PRU15: Calon bertanding di Parlimen Sibu perlu utamakan isu tempatan - PBB
Setiap individu yang dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen P212 Sibu perlu mengutamakan isu tempatan terlebih dahulu berbanding isu nasional.

Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.

Belanjawan 2022 Sarawak bantu komuniti perniagaan - Annuar Rapaee
Annuar berkata sekiranya kerajaan Sarawak mengambil sikap berjimat cermat, tidak banyak projek akan dijalankan.

Segera lakukan pemeriksaan jika ada simptom, elak BID - Dr Annuar
Banyak kes sebegini berlaku ekoran keengganan pesakit berjumpa doktor walaupun telah mengalami simptom sekitar tiga hingga 10 hari.

COVID-19: Perlu dos penggalak, kadar imuniti badan mungkin berkurang - Dr Annuar
Hal ini disebabkan oleh varian Delta yang sangat mudah merebak dan kemungkinan kadar imuniti badan yang berkurang setelah divaksin.

COVID-19: Sibu catat kes harian terendah sejak Kluster Pasai - Dr Annuar
Beliau juga menyeru agar semua pihak terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memutuskan rantaian COVID-19.

COVID-19: Majikan digesa tidak ambil pendatang tanpa izin
Pengambilan kerja golongan tanpa saluran yang sah boleh membahayakan keselamatan negara dan kesihatan rakyat.