KUALA LUMPUR:Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membenarkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berlangsung pada akhir bulan ini tanpa sebarang helah politik termasuk menjadikan COVID-19 sebagai alasan untuk menghalang perjalanan PAU.
Pengarah Komunikasi Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, pihaknya melontarkan cabaran itu kerana mengambil iktibar cadangan pengisytiharan darurat di seluruh negara oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada tahun lalu demi kepentingan politik peribadinya.
"Memasuki dekad baharu ini, rakyat sedia maklum akan hakikat ketidakstabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir negara.
"Kemelut persekongkolan PN yang masih tidak usai sejak tercetusnya Langkah Sheraton merencatkan usaha memerangi wabak COVID-19 sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur luar negara untuk melabur dalam negara," katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, semalam.
Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan memaklumkan bahawa terdapat tiga usul utama dibangkitkan UMNO Bahagian iaitu mempertahankan Muafakat Nasional (MN), memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menggesa PRU15 dibuat sebelum berakhir suku pertama tahun ini.
Justeru itu Ker Chean berkata, Muhyiddin perlu mengutamakan penyelesaian kemelut ini dengan menerima keputusan PAU kelak sama ada UMNO akan kekal dalam menyokong beliau atau tidak selaku PM dengan majoriti paling tipis dalam sejarah Malaysia.
Katanya, Malaysia menunjukkan teladan yang terbaik kepada dunia terutamanya negara-negara yang mendukung sistem demokrasi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu apabila peralihan kuasa yang aman dan damai berlaku dalam Malaysia.
Ekoran itu, beliau berharap agar Muhyiddin tidak mencontohi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trumph yang enggan memudahkan proses peralihan kuasa sehingga menyebabkan tragedi berlaku di AS kebelakangan ini.
"Saya menyeru perdana menteri supaya mengizinkan peralihan kuasa berlaku dengan aman sekiranya beliau kehilangan sokongan UMNO menerusi PAU pada hujung bulan ini," katanya.
Astro Awani
Sun Jan 10 2021

Loh Ker Chean berkata, pihaknya melontarkan cabaran itu kerana mengambil iktibar cadangan pengisytiharan darurat di seluruh negara oleh Perdana Menteri sebelum. - Gambar fail/Facebook

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UMNO Labuan perkukuh ukhuwah, rapatkan saf menjelang PRU15
UMNO Bahagian Labuan akan memperkukuh ukhuwah dan merapatkan barisan saf sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PAU 2021: Hormati Ismail Sabri atas kapasiti beliau sebagai PM - Perwakilan Perak
Perwakilan Perak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, Ismail Sabri mesti dihormati bukan atas dasar namanya secara peribadi tetapi atas tanggungjwab besar yang digalas di bahunya.

PAU2021: Perhimpunan kali ini lahirkan kluster kasih dan sayang dalam kalangan ahli - Reezal Merican
Jelas Reezal, meskipun pelbagai label dilontarkan, parti keramat itu sebaliknya lebih tekad untuk menjadi parti dominan menjelang PRU15.

PAU2021: Gaji minimum RM1,500, kaji semula GST antara lima teras utama UMNO - Zahid
Presiden UMNO lima menggariskan lima teras utama parti itu dalam PAU 2021 hari ini.

PAU2021: 'Aliran keluar bersih modal asing RM166.1 bilion selepas PRU14' - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti keramat itu mampu menarik semula pelaburan asing ke negara ini.

PAU2021: 'UMNO tidak mahu ganggu urusan bubar Parlimen, tetapi nak tunggu apa lagi?'
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara dalam konteks pembubaran Parlimen dan tidak mahu menganggu urusan berkenaan.

PAU2021: 'Terima kasih PM benarkan pengeluaran RM10,000 KWSP' - Zahid
Usaha itu diterajui UMNO yang mendesak kerajaan membenarkan skim terbabit dalam meringankan beban rakyat selepas pandemik COVID-19.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 jadi tumpuan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula hari ini dan selepas dua tahun, ia diadakan secara bersemuka sepenuhnya.

UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden
Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan PRN dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok.

PAU2021: Mulakan penjernihan budaya politik, tanam rasa jijik terhadap rasuah - Asyraf Wajdi
Kerajaan yang dibentuk tanpa integriti dan berkiblatkan kerakusan kuasa hanya akan mewujudkan huru-hara dan kesengsaraan kepada rakyat.