CHUKAI: Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata dari segi impak politik, golongan itu cukup penting kerana kelompoknya mempunyai kira-kira tiga juta orang termasuk peneroka, ahli keluarga dan kakitangan Felda sendiri.
"Terdapat 54 kawasan Parlimen yang mengandungi tanah-tanah rancangan Felda yang mesti dilihat bahawa ia boleh mengubah landskap mana-mana kerajaan yang ada dalam negara ini," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau menegaskan warga Felda memerlukan sebuah kerajaan yang membela nasib mereka dan kerajaan juga mesti memberi perhatian terhadap masa depan dan kehendak warga Felda seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini.
"Ini merupakan hubungan tiga hala sebenarnya iaitu antara peneroka, Felda dan kerajaan yang mesti seiring kerana potensi yang besar dan harus diperjuangkan adalah rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery juga mencadangkan agar peneroka yang mempunyai lebihan tanah untuk mengusahakan tanaman seperti durian Musang King bagi menjana pendapatan sampingan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Beliau berkata idea itu pernah dilontarkannya sewaktu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekitar 2018 dengan kawasan Felda Neram 1 di sini menjadi perintis tanaman fasa pertama membabitkan 600 pokok.
"Penanaman durian ini boleh dikomersialkan kerana nilainya tinggi dan kalau tidak pun ia akan mengubah landskap untuk anak cucu yang dari perantauan apabila balik ke Felda boleh melihat dusun durian selain kelapa sawit.
"Saya akan berbincang dengan semua pihak terlebih dahulu. Secara jujurnya kita tidak mahu tebang pokok kelapa sawit kerana ia merupakan hasil keluaran Felda yang terbesar," katanya.
Difahamkan, anggaran kasar pendapatan tahunan bagi satu hektar kelapa sawit ialah RM17,500 manakala durian Musang King RM155,250.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Ahmad Shabery berkata dari segi impak politik, golongan itu cukup penting kerana kelompoknya mempunyai kira-kira tiga juta orang termasuk peneroka, ahli keluarga dan kakitangan Felda sendiri. - Gambar fail/BERNAMA

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Mac 2024.

PRN DUN Pelangai: Fahmi sangkal dakwaan warga Felda sokong PN
Fahmi menyangkal dakwaan kononnya PN memperoleh sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu lepas.

Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.

Penguasaan Felda ke atas FGV perlu utamakan kepentingan peneroka - Kaukus
Pengambilalihan oleh Felda perlu memastikan keuntungan bersama dikecapi pihak terlibat menerusi terma yang munasabah dan tidak membabitkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.